Categories: Oh Lawa

Ini Tips Mudah Untuk Buatkan Bulu Mata Palsu Anda Nampak Natural. Tak Perlu Beli Yang Mahal!

Sesetengah orang tak dikurniakan dengan bulu mata lentik mahupun panjang, jadi mereka terpaksa menggunakan bulu mata palsu bila nak bergaya. 

Tak syoklah kalau obvious sangat kepalsuannya! Kalau nak dapatkan fake lashes ataupun falsies yang nampak natural dan realistik, mesti kena bayar lebih.

Kalau bajet anda rendah, jangan risau! Ada tips mudah untuk buatkan bulu mata palsu yang murahan dan plastik tu, langsung tak nampak macam fake. 

Makeup artist Paloma Garcia telah memuat naik video di akaun Facebooknya di mana dia berkongsi tips ini. Nampak senang sangat! Siapa-siapa pun boleh buat.

Menurut video ini, Paloma biarkan bulu mata tipu itu melekat di plastiknya. Kemudian dia menggunakan berus spoolie (berus yang sama untuk berus bulu kening ataupun berus maskara) yang bersih.

Dengan ganasnya, dia berus bulu mata palsu tu dari kiri ke kanan dan ke kiri balik untuk mengasingkan setiap helaiannya. Tak lama lepas itu, bulu mata palsu Paloma nampak lebih fluffy dan natural. Lentik pun ada!

Makeup artist Promise Tamang pun telah cuba trick yang sama dan ia memang menjadi!

Cubalah sendiri!

Sumber: Insider

Ad Ops