Categories: HiburanSelebriti

Ini Ujian Allah Untuk Saya…

Menginjak usia 42 tahun membuatkan beliau sedar, urusan dunia bukanlah fokus utama dalam hidup. Semuanya hanya sementara dan tidak bersifat kekal…

Bagi pelakon Aaron Mustapha Aziz atau dikenali sebagai Datuk Arron Aziz, selepas hampir dua tahun diuji dengan ‘kesakitan’, bapa kepada tiga anak ini kembali bangkit dengan semangat baru.

Saya sedar dengan usia yang semakin meningkat, bukan trofi atau populariti yang membantu di akhirat.

“ Setiap hari saya belajar untuk lebih dekat dengan agama. Saya dalam proses bersiap sedia,” katanya kepada xtra.com.

Dalam masa sama, pelakon filem Ombak Rindu ini menyifatkan apa yang menimpanya sejak dua tahun lalu sebagai ujian daripada yang maha Esa.

“ Ini mungkin ujian dari Allah swt buat saya agar tidak terus lalai dengan kehidupan dunia. Mungkin dia ingin melihat tahap kesanggupan saya dalam terus berusaha untuk pulih,” katanya tenang.

Ketika diajukan soalan sama ada beliau tahu punca ‘sakit’ ini muncul, pelakon kelahiran Singapura ini menganggap semua ini ujian dan enggan menuding jari ke arah sesiapa.

“ Mentaliti ketika diuji seperti dalam kesusahan, contohnya ketika perniagaan tak berjaya…kita kena percaya, itu semua ujian. Atas izinnya,” katanya.

Walau bagaimanapun, Arron berjaya merawat penyakit tersebut menggunakan ayat suci al-Quran selepas berjumpa seorang kenalan yang arif dalam hal agama.

SGMS Faida