Categories: FeaturedOh Lawa

5 Jenis Fabrik Perlu Dihindari Wanita Bertubuh Gempal, Elak Nampak Ekstra Gemuk

Bagi si pemilik tubuh gempal, bootylicious, wanita sado dan seangkatan dengannya, mungkin anda perlu membuat sedikit kajian tambahan mengenai jenis tata gaya yang sesuai mengikut ukuran badan. Ini penting agar anda sentiasa nampak yakin dan paling penting selesa dengan apa dipakai.

Ada juga di kalangan kita sejenis sambarono dalam memilih jenis fabrik atau pakaian yang salah dek kerana melihat selebriti anggun mengenakan busana tersebut. Namun apabila tiba untuk disarungkan pada tubuh pelbagai masalah terjadi dan yang paling ketara ia seakan menambahkan lagi saiz badan anda.

Oleh itu, wajar untuk anda mengetahui beberapa fabrik yang tidak sesuai untuk digayakan buat anda yang bersaiz besar.

1. Sekuin

Foto : Pinterest

Efek berkilau pada fabrik ini sebenarnya memberi ilusi lebih besar apatah lagi ianya disarung oleh wanita gempal. Sekiranya situasi memerlukan anda memakai fabrik ini, pastikan ianya adalah daripada tona gelap.

2. Berbulu

Foto : stylepluscurves

Hati- hati menggayakan kain seperti ini kerana jika anda tidak mahir memilih potongan yang bersesuaian, ia boleh menampakkan anda lebih besar dua kali ganda daripada saiz asal! Pilih kot atau jaket yang mempunyai tali yang boleh diikat pada sekitar pinggang.

3. Latex

Foto: Curves to Kill

Meskipun permintaan fabrik ini tidak begitu popular di Malaysia, namun ianya sering dipakai oleh selebriti A-list di Hollywood. Efeknya yang sedikit bersinar menjadikan ianya tidak sesuai untuk wanita bersaiz XL.

4. Lycra

Foto: Dresses Images

Lycra memang terkenal dengan fabrik nipis yang berat. Oleh kerana fabriknya nipis dan bersifat memeri ia tidak boleh menyorokkan bahagian badan yang mempunyai lemak.

5. Neoprene

Foto : Big Bella Donna

Ini juga salah satu fabrik yang tidak sesuai digayakan untuk wanita berbadan gempal. Fabriknya tebal dan kurang pengaliran udara menyebabkan ianya tidak selesa dipakai. Meskipun siluetnya gah bila dipakai dan senang dibentuk, ianya hanya akan menambahkan kecacatan pada tubuh badan anda.

Sumber: Jelita

Yanie Baharom