Categories: Oh Lawa

7 Cara Jaga Beg Tangan Dengan Betul

Aneka jenama beg tangan label tempatan sehingga antarabangsa, berharga puluhan ringgit sehingga puluhan ribu, wanita tidak dapat lari dari obsesi kepada aksesori terpenting ini. Sayang sekali andai beg yang dibeli rosak dalam masa yang cukup singkat. Ayuh belai beg tanganmu agar elok terpelihara begini.

1. Lantai bukan tempatnya

Jangan sesekali merendahkan ‘martabat’ beg anda dengan meletakkannya ke lantai. Never ever! Kita tidak pernah tahu kuman atau bakteria apa yang ada di lantai meskipun nampak bersih pada pandangan mata kasar.

2. Pegang beg dengan tangan bersih

Sudah semestinya tiada siapa mahu begnya berhabuk dan kotor. Jadi pastikan tangan yang bersih bukan sahaja untuk kesihatan anda, malahan untuk ‘kesihatan’ beg juga.

3. Semua beg tidak sama

Ketahui fabrik dan bahan beg anda. Ini akan memudahkan anda  membersihkannya menggunakan bahan pembersihan yang betul.

4. Perlindungan semasa penyimpanan

Jangan sesekali menyimpan beg tanpa dilindungi beg kain pelindung yang disertakan sekali semasa pembeliannya. Beg kain ini akan melindungi dari sebarang calar atau pengumpulan habuk dan debu.

5. Jangan simpan di dalam beg plastik

Beg plastik sememangnya bagus untuk grocery shopping, tapi bukan untuk beg anda. Plastik akan menghalang beg anda dari ‘bernafas’, seterusnya memerangkap lembapan dan kemudiannya mengakibatkan kulat.

6. Laburkan untuk produk penjagaan

Apa sahaja produk yang digunakan untuk membelai beg anda, sila baca aturan penggunaan dari A-Z untuk mengelakkan kerosakan beg.

7. Kekalkan bentuk

Semasa penyimpanan, masukkan kembali bahan yang diletakkan di dalam beg semasa pertama kali dibeli. Ini penting untuk menjaga bentuk asalnya. Alternatif lain adalah dengan menyumbat gumpalan kertas tisu di dalamnya.

 

Sumber : Aplikasi Wanita

Muat turun secara percuma di :-

GooglePlay: bit.ly/WanitaAndroid

AppStore: bit.ly/WanitaApple

Ad Ops