Categories: Oh Lawa

Jennifer Lopez Bakal Keluarkan Koleksi Makeup Yang Mengandungi 70 Jenis Alat Solek

Tidak kira di dalam television, atau di majlis-majlis keramaian, Jennifer Lopez pastinya sentiasa kelihatan cantik dan ayu. Tak nampak langsung yang dia dah pun mencecah umur 48 tahun.

Bukan saja stail dan gaya pemakaiannya yang memukau, mukanya juga disolek rapi untuk memberikan rupa yang elegant dan anggun.

Teringin untuk menjadi lawa macam JLo? Ada berita baik! Pelakon dan penyanyi Amerika ini akan melancarkan sebuah koleksi alat solek sempena kolaborasinya dengan Inglot Cosmetics tak lama lagi. Yay!

Pada mulanya, makeup artist peribadinya Scott Barnes memecahkan rahsia di mana JLo akan mengeluarkan sejenis produk bronzer. Tengoklah kulit Latina JLo yang keemasan itu. Memang sesuai sangat.

Rupa-rupanya bukan bronzer je! Baru-baru ini, JLo telah memuatnaik gambar di Instagramnya di mana dia mengumumkan tentang kolaborasinya dengan jenama Inglot Cosmetics (#JLOxIngot).

Ini bukan kolaborasi artis yang sebarangan tau. Bukan satu atau dua produk je, tapi 70 jenis alat solek! Wow!

Nanti akan ada eye shadow, lipstick, palette, blusher, highlighter, bronzer dan mascara serta nail polish dan bulu mata palsu. Banyak tu!

Walaupun gambar atau info tentang produk-produk ini belum lagi dikeluarkan, bronzer yang disebut oleh Scott telah dinamakan “Boogie Down Bronze” dan telah dipakai oleh JLo di dalam gambar ini.

JLo nampak flawless!

Produk makeup ini yang akan dilancarkan tak lama lagi di beberapa kedai di US serta di inglotusa.com dan Jenniferlopezinglot.com. Tak apa, kita tunggu sajalah sampai ia dilancarkan di Malaysia.

Sumber: Cosmopolitan

Ad Ops