Categories: Parenting

Dinobat Si Cilik Meletop, Hadiah Ulang Tahun Pertama Paling Indah Buat Pipi Pao!

Melemparkan senyuman manis, Arif Jiwa Asyraf, yang baru saja meraikan ulang tahun pertamanya pada 31 Mac lalu, seakan mengerti kemenangannya semalam di Anugerah Melatop Era 2018 menerusi kategori Si Cilik Meletop.

Berlangsung di Dewan Axiata Arena, Bukit Jalil, Arif mengenepikan saingan lain iaitu Lara Alana, Aishah Dhiarana, Yusuf Iskandar dan Syeriv Samheizy, juga anak kepada selebriti popular yang sebahagian daripadanya mempunyai jumlah pengikut di laman sosial Instagram melebihi satu juta.

Kecomelan pipi pao (pipi pau), keceriaan dan kebijaksanaan Arif yang juga cucu tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza itu, sememangnya memikat ramai pengikutnya selain menjadi kesayangan UncleOnty (uncle dan aunty).

Difahamkan, Arif menduduki di tangga kedua selepas Khai Bahar menerima pengiktirafan Top Top Meletop iaitu anugerah tertinggi di acara berkenaan.

Seperti yang dikongsikan oleh bapa kanak-kanak adorable itu, Asyraf Khalid, di kapsyen Instagramnya, anaknya berada di tempat kedua dalam pencalonan anugerah Top Top Meletop.

Foto: Instagram teamarifjiwa

“Congratulations mommy @tyaarifinnw & @arifjiwaasyraf ! I just found out from people from meletop, Arif is 2nd Highest after Khai Bahar, so he was so close to winning Top Top Meletop! He could’ve been the youngest ever winner to get that award!

“Anyways, thank you to everyone who has been supporting Arif. As a family, it gives a great pleasure to join @meletop and do our best to win. What i hope to achieve from this is, my son, Arif learns that, whatever we do, we must do our best!,” kata Asyraf menerusi coretan Instagramnya.

Arif merupakan cahaya mata pertama pelakon Tya Ariffin dan suami, Asyraf Khalid yang mendirikan rumah tangga hampir tiga tahun lalu. 

Sebelum menjelang acara gilang-gemilang itu, ramai artis selebriti tempatan dan rakan seperjuangan ibunya di Indonesia telah memberikan ucapan maju jaya buat Arif. Antaranya Afgan, Cita Citata, Neelofa dan ramai lagi

Bercakap mengenai ulang tahun pertamanya yang lalu, ramai yang memuji tindakan ibu bapa Arif yang memilih untuk meraikan sambutan hari jadinya bersama anak-anak yatim dan kurang bernasib baik.

Foto: Instagram Arif Jiwa

Yanie Baharom