Oh Lawa By: Yanie Baharom April 3, 2019 @ 6:29pm

Jurusolek (MUA) kini dirai dalam anugerah berprestij!

Kalau dulu  jurusolek dikenali sebagai mak andam, namun kini kerjaya yang dianggap glamor ini melalui fasa perubahan menyebabkan mereka tidak lagi digelar mak andam, sebaliknya  wujud istilah baru iaitu MUA, singkatan kepada Makeup Artists.

Zaman dahulu juga, mereka dianggap orang belakang tabir dan hasil riasan cantik mereka jarang diberikan kredit, hari ini kerjaya sebagai jurusolek mempunyai nilainya yang tersendiri selain boleh dianggap kerjaya yang hadir dengan pendapatan cukup lumayan.

Populariti mereka juga setanding selebriti kerana mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial. Untuk mendapatkan perkhidmatan jurusolek A list’  iaitu kelompok MUA yang biasa ‘memegang’ wajah selebriti popular atau nama besar, caj yang dikenakan untuk satu sesi solekan adakalanya mencecah sehingga RM3000.

Malah, jurusolek kategori ini juga berhak memilih siapa selebriti yang mereka ingin bekerjasama. Kalau anda artis baru, usah terfikir untuk disolek oleh MUA sebegini! Mereka juga mungkin belum bersedia untuk menata rias wajah anda!

Begitulah hebatnya kerjaya individu bergelar MUA di zaman moden ini. Menyedari pentingnya kehadiran MUA dalam mewarnai industri glamor dan kecantikan, satu pertandingan mencari pelapis baru di dalam arena ini diperkenalkan.

Dicetuskan oleh dua  jurusolek senior terkenal, Sheila Mohamad dan Deq Sha, acara yang dinamakan sebagai  Pertandingan Malaysia’s Makeup Artist (MMAA) 2019 ini menyediakan landasan buat anak muda yang berhasrat menceburi dunia kecantikan dengan menjadi pakar penghias wajah selebriti dan personaliti bersaing mempertaruhkan bakat.

Foto: Sheila Mohamad (kanan) dan Deq Sha, dua jurusolek senior yang bertanggungjawab mencetuskan MMAA 2019.

Sheila berkata , MMA 2019 yang bakal berlangsung di Sunway Putra Hotel pada 28 Ogos 2019, mendapat sokongan barisan artis tempatan termasuk mereka yang bersetuju membuat persembahan pada acara itu.

“Kita sedar dalam dunia hiburan, hubungan artis dan jurusolek bagaikan isi dengan kuku. Kami sama-sama menyokong dan memartabatkan industri seni.

“Apabila ada rakan artis popular yang mahu memberi sokongan, ia bagaikan nikmat yang sangat indah,” katanya pada sidang media mengumumkan acara berkenaan pada 28 Mac lalu.

Katanya lagi, acara itu akan diserikan dengan kehadiran artis popular seperti Rozita Che Wan, Erra Fazira dan model dari Indonesia, Whulandary.

“Whulandary akan menjadi juri bersama jurusolek terkenal antaranya Nurul Shukor, Khir Khalid, Datin Saidatulnisa, Syedewa dan Fendi Sani

“Kita juga berterima kasih kerana biarpun kali pertama dianjurkan, sokongan penaja, teman jurusolek, artis dan rakan media sangat membanggakan,” kata Sheila.

(Dari kiri) Sheila Mohamad, Timbalan Pengurus Pemasaran Sunway Putra Hotel, Shuaila Absoor Khan  dan Deq Sha menunjukan piala Malaysia’s Makeup Artist Awards 2019.

Sheila berkata, MMA 2019 dianjurkan bagi memartabatkan bidang solekan sebaris dengan industri kreatif lain.

“Kita juga mahu menjadikan acara ini sebagai hab dalam mengetengahkan produk kosmetik tempatan sebagai antara pengisian acara ini.men

“Kita percaya dengan penganjuran acara sebegini, ia menjadi ruang mencari kelangsungan dan mengangkat martabat profesion jurusolek,” katanya yang sudah 25 tahun berkecimpung dalam bidang solekan dan tatarias.

Sementara itu, Deqsha pula berkata, lebih 300 penyertaan diterima memberi petanda acara itu bakal meninggalkan impak besar.

“Namun, kami hanya mampu memberikan ruang kepada 40 jurusolek pelapis untuk bersaing,” katanya.

Bercerita lebih lanjut, Deqsha menjelaskan pada mulanya dia dan Sheila masing-masing  mempunyai perancangan sendiri untuk acara itu.

“Sheila mahu acara ini dianjurkan tahun depan, saya pula fikir lebih baik tahun ini.

“Selepas berbincang, kami sepakat membuat keputusan lebih baik anjurkan sekarang berikutan beberapa perkara seperti lokasi acara dan hal lain sudah diputuskan,” katanya.

Jasmine Suraya Chin antara selebriti yang hadir pada sidang media Malaysia’s Makeup Artist Awards 2019 di Hotel Sunway Putra.

Info

MMAA 2019 menyediakan landasan untuk mengetengahkan bakat anak muda dalam arena solekan dan tatarias agar industri seni ini boleh dimartabatkan setanding dengan industri lain di negara ini.

Idea MMAA 2019 diilhamkan dan dianjurkan oleh Jurusolek Profesional, Sheila Mohamad yang telah menceburi bidang tatarias dan solekan sejak 25 tahun lalu dengan kolaborasi bersama Deq Sha yang telah berkecimpung selama 21 tahun di dalam arena ini.

Kira-kira 300 penyertaan diterima, namun hanya 40 peserta sahaja terpilih sewaktu saringan awal pada 21 Januari lalu hotel sama  untuk merebut gelaran Malaysia’s Makeup Artist 2019 dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000 berserta barangan tajaan lain. Senarai peserta boleh disemak menerusi laman sesawang www.malaysiamakeupartist.com 

Ini menjadikan MMAA 2019 sebagai gelanggang pertama yang menawarkan hadiah wang tunai dengan jumlah yang sangat besar. Setiap peserta diberikan tugasan menatarias di lapangan untuk beberapa majalah dan akhbar tempatan selain tugasan terakhir pada sesi Pre-Judging MMAA 2019.

MMAA 2019 akan diadakan pada 28 Ogos 2019 yang mana sesi Pre-Judging berlangsung pada sebelah pagi dan Gala MMAA 2019 pada sebelah malam.

Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur menjadi penaja rasmi lokasi MMAA 2019 menganggarkan lebih kurang 600 tetamu akan menghadiri acara ini yang turut diserikan dengan kehadiran VVIP dan Selebriti tanahair.

Menyedari betapa pentingnya produk kosmetik keluaran tempatan ini, maka penganjur MMAA 2019 mengutamakan mereka bagi mengisi penajaan terlebih dahulu disamping mempromosi syarikat dan memperkenalkan produk mereka kepada umum.

Lebih daripada 20 syarikat tempatan mengambil bahagian dalam menjayakan MMAA 2019 dengan Sheila Mohamad Cosmetics sebagai penaja utama dan pada 27-28 Ogos ini, gerai penaja MMAA 2918 akan membuat jualan bagi tetamu yang berminat mengenali produk kosmetik tempatan.

Berikut adalah senarai penaja MMAA 2019 buat kali ini :

1. Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur
2. Sheila Mohamad Cosmetics
3. Beutania
4. NR Cosmetics
5. Arymuzamer
6. Artisan Professionnel
7. Lauriene Cosmetics
8. Herv
9. Syok Cosmetics
10. Feathers by Amira Ho
11. TruLooks Beauty Cosmetics
12. Mumtaz Fella
13. Amoura Cosmetics
14. Rizman Ruzaini Creations
15. Ridzskin
16. Fame Cosmetics
17. ANAS
18. DoctoX
19. FerraRossa
20. Aeolox.Lense
21. Syed Faizal Beauty
22. Glitz
23. Syedewa
24. Faixal Creations
25. Ramza Studio
26. Mek Kembang Cotton
27. The SA Films
28. Fendi Aziz Photography Project
29. Hershey’s Cheese Cake by Zaem Nordin
30. Hermosa
31. Kafe Ratu KD by Adda
32. Vanity_Mirror_Murah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Fri, 11 Jan 2019

Lady Gaga attends a formal event… carrying a ball of feathers as her accessory?

Well, she’s always been skilled at turning heads but what is that thing?

Oh Lawa Tue, 18 Sep 2018

Tutorial Solekan Si Cantik Gadis Melayu Mira Filzah

Jom tampil ayu seperti Mira Filzah!

Oh Lawa Thu, 17 May 2018

17 Foto Busana Perkahwinan Diraja Yang Tercantik Dari Negara-Negara Serata Dunia

Sebelum Harry dan Meghan berkahwin, jom tengok dulu wedding dress di majlis-majlis perkahwinan diraja.

Oh Lawa Sat, 5 Oct 2019

Kebaikan kulit kayu manis untuk kecantikan anda

Ketahui rahsia kulit kayu manis untuk kulit cantik dan sihat!

Featured Fri, 14 Dec 2018

These 21 Photos Show Princess Beatrice Is The Queen Of Bizarre-Looking Hats

This British royal’s taste is certainly unique.

Oh Lawa Tue, 30 Jan 2018

7 Cara Jaga Beg Tangan Dengan Betul

Aneka jenama beg tangan label tempatan sehingga antarabangsa, berharga puluhan ringgit sehingga puluhan ribu, wanita tidak dapat lari dari obsesi kepada aksesori terpenting ini.

Oh Lawa Tue, 19 Feb 2019

Ambil inspirasi solekan daripada penampilan model untuk Minggu Fesyen terkini

Solekan digayakan sesuai untuk kehidupan seharian anda.

Featured Fri, 3 Apr 2020

Koleksi jubah dan abaya artis, mana paling cantik?

Persalinan yang selesa dan cantik

Oh Lawa Thu, 19 Apr 2018

Tak Susah Sebenarnya Buat French Braid Ni, Kejap Saja Dah Jadi Rambut Princess Elsa

Karekter dua beradik terutamanya si kakak bernama Elsa cukup memikat sehinggakan pakaiannya, lagu menghapus sumpahan yang dinyanyikan iaitu Let It Go sehinggalah stail rambutnya, menjadi ikutan ramai.