Penyebaran wabak novel koronavirus (COVID-19) yang mula merebak di Wuhan, China sejak 31 Disember lalu kini mencecah sehingga 73,325 kes di seluruh dunia setakat jam 10 pagi, 18 Februari 2020.
Virus COVID-19 berjangkit melalui titisan atau rembesan air liur yang keluar daripada pesakit apabila bersin atau batuk, justeru pemakaian topeng muka merupakan antara langkah pencegahan bagi mengelakkan virus itu daripada berjangkit.
Setakat ini, sebanyak 26 negara yang terjejas dengan COVID-19 dan mengakibatkan 1873 kematian di seluruh dunia sehingga mencetuskan kebimbangan ramai.
Berikutan wabak COVID-19 itu juga, khabarnya bekalan topeng muka turut dikatakan tidak mencukupi dan harganya melambung tinggi di pasaran.
Namun begitu, ada juga yang memilih untuk memakai topeng muka yang menggunakan material kapas atau getah walaupun mungkin tidak menepati piawaian topeng muka yang disarankan untuk dipakai bagi mengelak jangkitan wabak yang sedang menular.
Sebagai info, topeng muka yang disarankan dan berkesan untuk mencegah jangkitan bawaan titisan pernafasan adalah jenis 3ply atau topeng pembedahan (surgical mask) kerana ia mempunyai beberapa lapisan yang berfungsi menyerap kelembapan, menapis kuman dan bahagian luarnya yang telap air.
Apa pun, memang kreatif fesyen topeng muka yang terdapat di pasaran. Bukan sahaja unik, malah ada juga yang seram. Jom lihat foto-foto di bawah.

Kredit gambar: Pinterest Shinzikue

Kredit gambar: Pinterest Highsnobiety

Kredit gambar: Pinterest

Kredit gambar: Pinterest

Kredit gambar: Pinterest

Kredit gambar: Pinterest

Kredit gambar: Etsy

Kredit gambar: Toripng

Kredit gambar: Koreaboo

Kredit gambar: SBS

Kredit gambar: Rave Ready

Kredit gambar: Rave Ready

Kredit gambar: Fun Party Store

Kredit gambar: Ali Express

Kredit gambar: Jumia Uganda

Kredit gambar: eBay

Kredit gambar: Yaoota

Kredit gambar: crov.com

Kredit gambar: tbkstore

Kredit gambar: Ali Express

Kredit gambar: tbkstore

Kredit gambar: tbkstore

Kredit gambar: Jing Daily

Kredit gambar: Hypebeast

Kredit gambar: ladydaydreams