Categories: Oh Lawa

Patutlah Barisan Victoria Secret Angels Ini Cantik-Cantik. Mereka Jaga Pemakanan Kaw-Kaw!

Mereka digelar antara wanita tercantik di dunia. Dengan raut wajah jelita, bentuk badan langsing dan sepasang kaki yang panjang, semua wanita pasti mencemburui dan ingin menjadi seperti mereka.

Nak tahu apakah rahsia kecantikan yang diamalkan sekumpulan wanita yang digelar Victoria Secret Angels ini?  Jom baca pengakuan Adriana Lima dan gegadis Angels lain.

Adriana Lima

Foto: impremedia

Supermodel kelahiran Brazil yang juga Angels paling senior di Victoria Secret ini sangat menggemari buah-buahan di dalam rutin dietnya. Setiap hari, dia akan minum 1 botol air kelapa bagi mengekalkan kesihatan dan juga untuk wajah berseri.

Candice Swanepeol

Foto: modeling advice

Mempunyai kulit wajah yang mulus, rahsianya ialah menggunakan produk yang bersifat antiseptik dan berasaskan alami. Katanya, “saya akan membersihkan wajah dengan pembersih daripada Tea Tree untuk menyingkirkan bakteria dan melembapkan kulit wajah.”

Alessandra Ambrossio

Foto : kosovarja al

Untuk penjagaan wajah, wanita ini suka menggunakan serum yang mengandungi Vitamin C dan wajib mengoles krim tabir suara dan BB cream setiap hari. Selain itu, dia memilih yoga dan renang untuk kekal langsing. 

Jasmine Tookes

Foto: Mandatory

Dia ialah salah seorang barisan model Victoria Secret yang berkulit gelap. “Setiap malam saya akan pastikan menyapu wajah dengan kiub ais. Ini penting bagi melancarkan peredaran darah dan mengetatkan liang pori pada wajah. Selepas itu saya lengkapkan rutin penjagaan wajah dengan menyapukan krim pelembap Vitamin E agar wajah sentiasa segar dan lembap.”

Elsa Hosk

Foto: degrisogono

“Rutin saya mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran yang boleh memberikan saya tenaga setiap hari seperti pisang. Jus hijau daripada bahan-bahan organik juga saya suka.”

Taylor Hill

Foto: Style Caster

“Untuk mendapatkan bentuk badan yang cantik dan kulit yang sihat, saya mengamalkan gaya hidup sihat. Iaitu dengan bersenam tiga kali seminggu, makan makanan yang seimbang dan sihat serta menggunakan produk kecantikan organik seperti krim pelembap daripada ekstrak kelapa. Ia wangi dan juga melembapkan kulit.”

Sara Sampaio

Foto: Charlotte Tilbury

“Sebelum tidur saya akan pastikan rambut saya akan dicuci dan dibersihkan untuk mengelakkan kotoran pada rambut boleh merosakkan rambut saya dan juga wajah. Untuk itu, saya akan pastikan sentiasa membawa dan menggunakan Moroccan Oil Treatment Original untuk melembap dan melembutkan rambut saya.”

Sumber: Jelita

Yanie Baharom