Suka Mandi Lambat? Nah, Sedikit Perkongsian Untuk Anda!

Siapa dekat sini yang suka mandi lambat walaupun dah bangun awal pagi? Baik mengaku cepat! Hehe…Harus tahu, sikap mandi lambat seolah menjemput penyakit untuk menyerang. Terutamanya pada penyakit kulit.

  • Sentiasa diingatkan mandi waktu pagi sangat baik untuk kecantikan kulit. Ia sebagai langkah bersedia untuk kulit berdepan dengan radikal bebas, cahaya matahari dan pencemaran atau kotoran yang berada disekeliling. Malah, ia waktu paling terbaik untuk membersih badan anda dari kotoran, bakteria dan kuman yang terkumpul pada katil.
  • Sudahlah bangun lewat, mandi pun tidak sebab itu anda sering diserang sakit kepala. Mandi pagi boleh membantu peredaran darah dan mengembalikan kecergasan a.k.a rasa segar. Perasan tak, bila tak mandi asyik rasa malas dan tidak bersemangat.
  • Kerap demam, selesema dan berhingus itu semua punca dari sikap mandi lewat. Kajian mendapati mandi pagi boleh menghasilkan lebih darah putih untuk meningkatkan sistem imuninasi badan. Barulah badan anda tidak mudah jatuh sakit dan melawan bakteria, virus dan mikroorganisma penyebab penyakit. Lepas ini jangan malas-malas lagi nak mandi. Celik sahaja mata terus ambil tuala dan ke bilik mandi. Ingat ya, kebersihan juga sebahagian dari iman. Esok mandi awal ok?

Sumber: Wanista.com

 

SGMS Faida