Izreen Azminda Tak Sangka Suami Romantik

Untung sungguh pelakon Izreen Azminda apabila dapat kejutan daripada suami tersayang!

Menerusi laman Instagramnya, pelakon berusia 33 tahun itu menerima jambangan ros daripada suami tercinta, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, sebentar tadi.

Kata Izreen, ini merupakan pertama kali dia menerima jambangan bunga daripada lelaki!

“Allahuakbar, ingatkan ada penyangak depan rumah tekan loceng banyak kali. Tetapi kalau nak merompak takkan tekan loceng pula kan.

“Buka pintu terus nampak bunga. Tidak sangka pula orang itu (suami) seromantik ini. Berkurun saya tak pernah merasa dapat bunga. Selalu tengok dalam TV (televisyen) saja.

“Kalau berlakon pun babak hero bagi bunga boleh kira dengan jari. Tidak menjangka hari ini betul pula (dapat bunga),” tulisnya.

Dalam nada berseloroh, Izreen berkata, dia berasa seperti heroin dalam drama 688 episod.

“Apa pun, terima kasih suami dan saya cintakan awak walau apa pun terjadi. Terharu pula. Terima kasih, terima kasih, terima kasih,” katanya.

Izreen dan Radzi yang juga pemuzik bebas bernikah pada 8 Ogos tahun lalu.

SGMS Faida