Oh Lawa By: tex_admin August 22, 2018 @ 2:00pm

Rawat Mata Panda Anda Dengan Minyak Kelapa Dara & Serbuk Kopi. Mujarab!

Golongan ibu-ibu biasanya tidak cukup tidur lagi-lagi yang mempunyai anak kecil. Pasti akan berjaga malam, anak nak susu tengah malam, anak demam ke dan sebagainya. 

Kalau dah tak cukup tidur, lingkaran hitam bawah mata pasti akan timbul. Keadaan ini akan membuatkan wajah kita nampak lesu dan tidak bermaya.

Jangan risau, anda boleh menghilangkan lingkaran hitam tersebut hanya menggunakan 2 bahan ini sahaja iaitu serbuk kopi dan minyak kelapa dara.

Tip kecantikan ini adalah atas perkongsian Cikgu Sarifa Redzuan II yang dituju khas bagi anda yang nak sentiasa cantik. Ikuti cara ini:

1. Campurkan 1 sudu serbuk kopi ke dalam mangkuk yang berisi minyak kelapa dara.

2. Cuci wajah dengan bersih dan keringkan. Sapukan ramuan tersebut di bawah mata. Biarkan selama 15 minit.

3. Selepas 15 minit, urut dengan perlahan-lahan bawah mata. Kemudian, cuci menggunakan air bersih.

4. Amalkan setiap hari sebelum anda masuk tidur.

Foto: Giphy

Mudah sangat kan? Anda perlulah rajin amalkan selalu barulah dapat kesan yang best. Anda juga boleh jadikan ramuan ini untuk scrub muka dan badan anda juga. Hasilnya kulit akan lebih lembut dan halus.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Sarifa Redzuan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Sep 2018
Featured Wed, 23 May 2018

Minyak Argan Penting Untuk Kulit Muka, Tapi Anda Tahukah Apa Fungsinya?

Minyak ini adalah kandungan penting di dalam banyak produk kecantikan sekarang.

Featured Fri, 10 Apr 2020

Duchess Kate Middleton terima hadiah tas tangan kulit epal

Khusus untuk si pencinta alam sekitar

Oh Lawa Thu, 21 Feb 2019
Oh Lawa Wed, 17 Jan 2018

8 Kesalahan Fesyen Mesti Elak

Ada jurang yang memisahkan antara fashionista dengan fashion crime atau jenayah fesyen. Jenayah fesyen membuat kesalahan fesyen dalam usaha menjadi fashionista, ironi kan? Tapi apa itu kesalahan fesyen? Kami senaraikan 8 daripadanya: 1) Fashion statement […]

Oh Lawa Wed, 11 Sep 2019

KFC 11 Finger Lickin’ Good Goods buat semua terliur!

Koleksi ‘streetwear’ KFC x Pestle Mortar Clothing tampil dengan cita rasa tempatan

Oh Lawa Thu, 3 May 2018

Nak Cantik Seperti Dia? Ikuti Rutin Kecantikan Si Natural Beauty Siti Saleha

Pemilik senyuman manis tidak pernah lekang daripada bibirnya, wanita ini antara bintang muda yang lengkap pakej, cantik dan berbakat.

Sejenak perbualan dengan wanita jelita berdarah kacukan Inggeris ini, sempat bertanyakan apakah rutin harian Siti Saleha dalam menjaga kecantikan.

Oh Lawa Fri, 13 Jul 2018

Jenis Helaian Luar Yang Bagaimana Sesuai Untuk Bentuk Tubuh Anda, Jom Baca

Helaian luar jika digayakan dengan betul boleh memberi nilai tambah juga penyeri pada penampilan seseorang.

Acara Thu, 21 Feb 2019

E1, Jual fesyen dalam lagu

Semalam Sahaja bawa penggemar muzik kembali ke zaman retro!