Categories: Oh Lawa

Selena Gomez Memakai Loket Batu Kerikil Ke Majlis Keramaian, Cuba Teka Berapa Harganya

Kalau seseorang itu dah secara aslinya cantik, pakai pakaian buruk pun dia tetap nampak cantik. Samalah dengan Selena Gomez yang baru-baru ini muncul di mata public setelah berpisah dengan penyanyi Justin Bieber.

Nampaknya artis jelita ini tak menunjukkan sebarang rasa sedih ketika dia menghadiri acara karpet merah untuk We Day di California.

Malah, dia nampak cantik dan manis seperti dulu. Gaya fesyennya tak perlu cakaplah; simple tapi elegant.

Dia memakai dress panjang berwarna biru kehitaman, sepasang kasut bertumit tinggi suede berwarna oren dan lipstick berwarna merah menyala.

Foto: Getty

Dari segi reka bentuk outfit ini, kita boleh agaklah yang ia memang mahal. Tapi kalau anda tengok rantai yang Selena pakai, macam tak sesuai pula, sebab ia nampak macam murahan. Betul tak? Simple sangat!

Bukan itu saja! Tengoklah, loketnya itu diperbuat daripada batu kerikil biasa! Yelah, ia cantik sikit setelah dilicinkan dan sebutir berlian dicantumkan kepadanya. Tapi batu kerikil pun boleh dijadikan loket ke?

Foto: Getty

Walau bagaimanapun, anda gerenti akan terkejut apabila mengetahui berapa harga rantai itu.

Ini adalah produk jenama CVC Stones yang mengubah batu-batu biasa menjadi loket yang lengkap dengan sebutir berlian. Memandangkan setiap batu adalah unik, rantai yang dipakai oleh Selena adalah one-of-a-kind.

Tak tahulah berapa harga sebenarnya, tapi rantai yang lebih kurang sama berharga US$3,500 (RM13,643)! Gila mahal! Boleh guna untuk down payment kereta baru!

Kesimpulannya di sini ialah kita tak patut pandang sesuatu itu dari luaran saja. Batu biasa pun bila dikilatkan boleh menjadi sesuatu yang berharga.

Sumber: Seventeen

Ad Ops