Categories: Oh Lawa

Skirt ratu ini hanya berharga RM82 tapi dia berjaya menjadikannya tampak lebih mewah

Permaisuri Letizia dari Sepanyol pasti akan berjaya menawan sesiapa yang melihatnya kerana rupanya yang jelita serta gaya fesyen yang moden.

Tetapi yang menariknya, walaupun darjatnya sebegitu tinggi, Letizia tidak semestinya hanya memperagakan busana jenama mewah atau rekaan pereka fesyen terkenal.

Sebaliknya, beliau memang terkenal dengan gaya fesyen mampu milik. Antara jenama kegemarannya ialah Zara.

Bagi mereka yang bukan berketurunan Diraja, produk Zara tidaklah begitu mahal tetapi ia menawarkan gaya yang nampak mewah. Mungkin sebab itulah Letizia suka!

Baru-baru ini beliau telah menerima tetamu di Istana Zarzuela di Madrid. Beliau mengenakan baju hitam biasa dan sepasang kasut but hitam bertumit tinggi.

Beliau bijak memberikan warna kepada penampilannya dengan memakai sehelai skirt yang dikatakan berjenama Zara.

 

Foto: Getty / Paolo Blocco

Skirt panjang hingga bawah lutut ini mempunyai corak kulit ular, iaitu satu trend yang dijangka akan meletup pada tahun ini.

Tetapi perkara yang paling menarik mengenai skirt berkenaan (malangnya sudah pun habis dijual!) adalah harganya yang murah. Hanya $20 (RM82)!

Namun begitu, bila Letizia menggayakannya, beliau berjaya memberikan ilusi yang mana skirt terbabit berharga jauh lebih mahal.

Jom lihat gambar-gambar Letizia yang memakai skirt itu dari sudut yang berbeza.

Foto: Getty / Carlos Alvarez

Foto: Getty / Paolo Blocco

Foto: Getty / Carlos Alvarez

Foto: Getty / Carlos Alvarez

Sumber: Popsugar

Ad Ops