AJL33: Bawa Lagu Sedih, Kaer Mahu All Out Untuk Tak Mungkin Hilang

Penyanyi Kaer Azami yang bakal membawakan lagu Tak Pernah Hilang di Anugerah Juara Lagu ke 33 berharap dapat memberikan penghayatakan sepenuhnya ketika menyampaikan lagu ini nanti.

Menurut Kaer, dia perlu bermain dengan emosi sebelum naik ke pentas bagi menghasilkan penyampaian yang meresap ke jiwa penonton.

“ Lagu ini lagu sedih. Perlukan penghayatan sedih supaya orang rasa apa yang kami mahu sampaikan. Saya dan Amylea memerlukan penghayatan mendalam untuk Tak Pernah Hilang,” katanya.

Akui Kaer, dia cukup teruja apabila mendapat tahu lagu ini berjaya mara ke AJL 33.

“ Saya sendiri tidak pernah jangka lagu ini akan pergi sejauh ini. Maklum saja, saya dan Amylea jarang muncul di acara hiburan macam penyanyi lain. Doakan yang terbaik,” katanya.

Lagu Tak Pernah Hilang merupakan lagu tema untuk drama rantaian popular Nur yang ditayang di TV3 pada Ramadhan tahun lalu.

SGMS Faida