Mira Filzah Blocked Siapa Tu?

Pelakon drama Pujaan Hati Kanda ini mengakui akan menyekat pengikutnya yang sering memberikan komen-komen negatif menerusi ruangan komen miliknya itu.

Menurut Mira, ia adalah jalan terbaik bagi melindungi dirinya daripada terkesan dengan komen-komen negatif yang ditinggalkan. 

Dan, pesanan itu telah dimuatnaik oleh Mira menerusi salah-satu gambarnya.

Selain memaklumkan berita tersebut, Mira juga mengucapkan terima kasih yang tak terhingga buat pengikutnya yang sentiasa memberikan kata-kata positif dan semangat buat dirinya sepanjang bergelar anak seni.
Terbaharu, pelakon cantik ini sedang menunaikan ibadah umrah sejak 17 Januari yang lalu.
Salma Syahbuddin