Euforia Bola 2026
Oh Lawa By: tex_admin October 10, 2018 @ 5:00pm

Tip Pemilihan Warna Busana Mengikut Tona Kulit Anda

Dalam banyak-banyak warna, anda lebih suka warna yang mana satu kalau nak beli baju? Kalau penulis lebih suka warna hitam ataupun coklat. Anda pula?

Tahukah anda bahawa, pemilihan baju perlulah mengikut tona kulit. Kalau tak, mungkin penampilan anda akan sedikit hambar dan tak berseri langsung!

Contohnya, baju yang dipakai oleh orang yang berkulit putih tak semestinya nampak cantik bila dipakai oleh orang yang berkulit sawo matang. Sebenarnya, pemilihan warna yang tepat akan memberikan anda:

  • Warna kulit yang lebih cerah.
  • Mata terlihat lebih indah.
  • Rambut terlihat lebih bercahaya.

Jadi, nak tahu cara yang betul untuk memilih baju mengikut tona kulit? Jom semak!

Foto: Nona

1. Kulit gelap

Mungkin anda yang mempunyai warna kulit yang gelap agak kurang berkeyakinan untuk memilih warna pakaian. Mungkin, anda lebih suka pakai warna yang sama saja setiap pakaian. Sebenarnya, anda perlu bijak memilih warna agar penampilan anda lebih berseri.

Anda boleh mengenakan busana yang berwarna tanah yang lembut dan warna-warna premier seperti hitam, putih, biru lembut, merah ataupun kuning. Anda juga perlu menghindari warna busana yang terlalu kontras dengan warna kulit seperti turquoise, hitam, hijau daun, kuning lembut. rose dan pastel lembut.

2. Kulit sawo matang

Bagi anda yang memiliki kulit sawo matang, anda disarankan untuk memilih pakaian berwarna ungu, maroon dan silver. Untuk anda yang berkulit kecoklatan, paduan warna terang dan gelap akan terlihat mewah. 

Kalau anda nak tampil sedikit menonjol, anda boleh menggayakan busana berwarna burgundy, beige dan navy. Cuba hindari warna merah dan coklat gelap. Jangan sesekali memakai busana berwarna hijau lumut, hijau zaitun dan coklat gelap kerana ia akan membuatkan kulit anda kelihatan lebih kusam.

3. Kulit putih

Anda yang memiliki kulit putih amat bertuah kerana mudah untuk memilih warna busana. Namun, penampilan anda akan lebih elegan apabila mengenakan busana berwarna pastel. Bukan itu saja, anda juga akan nampak lebih cantik jika memakai pakaian berwarna terang dan bercorak batik. Hindari warna purple lilac.

4. Kulit kuning langsat

Wanita yang berkulit kuning langsat akan kelihatan lebih menarik apabila mengenakan warna-warna tropis seperti hijau. merah dan biru. Selain itu, warna jingga dan kuning juga akan membuatkan anda kelihatan lebih fashionable.

Jadi, pilihlah warna busana yang betul mengikut tona kulit anda. Jangan tersalah pilih ok!

Sumber: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Oh Lawa Wed, 3 Oct 2018

Wanita Bertubuh Gempal Juga Berhak Untuk Cantik. Ini 10 Tips Untuk Anda Tampil Meletop!

Sedarilah wahai wanita, tubuh berisi ada kecantikan yang tersendiri.

Oh Lawa Mon, 30 Apr 2018

8 Tip Penggayaan Untuk Nampak Lebih Langsing Dan Tak Gelebeh

Pilik pakaian yang sesuai supaya badan anda nampak fit.

Featured Tue, 13 Aug 2019
Oh Lawa Mon, 29 Jan 2018

Jubah Do’s & Don’ts

Jubah adalah item fesyen perlu ada untuk Muslimah. Ringkas, mudah disarung dan versatil untuk pelbagai acara.

Oh Lawa Mon, 27 Aug 2018

Cara Betul Kalau Nak Guna Produk Kecantikan Yang Berbeza Jenama

Kalau tersalah campur produk boleh rosak kulit!

Oh Lawa Wed, 3 Apr 2019

Tiada berus untuk meratakan bedak asas pada wajah? Guna jari pun boleh!

Penggunaan jari menjimatkan masa dan hasilnya lebih menawan.

Oh Lawa Tue, 18 Dec 2018
Oh Lawa Thu, 28 Feb 2019
Oh Lawa Fri, 24 Aug 2018

Cuci Beauty Blender Anda Dengan Teknik Mudah Ini, Gerenti Nampak Macam Baru!

Kalau pakai sabun saja, tak semestinya semua kotoran akan hilang.

Oh Lawa Tue, 8 Oct 2019

Ceritakan kisah hidup anda menerusi ‘charm’ mini daripada koleksi Pandora Me

Serlahkan identiti mengikut pilihan micro-charm yang anda suka.

error: Content is protected !!