Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 2, 2025 @ 5:59pm

‘Oh Mummy!’ Papar Keriangan, Sisi Berbeza Fasha Sandha & Keluarga Sepanjang Ramadan

Menjadi ibu bukan sekadar mengurus rumah tangga, tetapi sebuah perjalanan penuh warna, cabaran, dan detik berharga yang sukar dilupakan.

Namun, bagaimana pula apabila seorang selebriti seperti Fasha Sandha membuka pintu rumahnya dan berkongsi kisah kehidupannya sebagai seorang ibu?

Dari menghantar anak ke sekolah hingga persiapan raya, Oh Mummy! membawa penonton ikut bersama kehidupan Fasha Sandha dan keluarganya dalam sebuah program istimewa yang dipenuhi kehangatan, gelak tawa dan momen indah.

Bersama Fasha Sandha dan keluarganya, Oh Mummy! akan bersiaran selama 5 episod, mulai 1 Mac 2025 ini, setiap hari Sabtu, jam 6.00 petang di TV3 dan boleh distrim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. 


Oh Mummy! mengetengahkan sisi berbeza kehidupan Fasha Sandha sebagai seorang ibu, dengan setiap episod dipenuhi kisah penuh warna, dari rutin harian yang sibuk menghantar anak ke sekolah hingga detik santai menikmati waktu bersama di meja makan.

Hujung minggu keluarga beliau diisi dengan pelbagai aktiviti luar, sehinggalah perjalanan ke Kangar untuk majlis kenduri keluarga yang membawa kembali nostalgia dan keakraban.

Menjelang Ramadan, suasana semakin meriah dengan persiapan raya, seperti membeli baju, membuat kuih, mengemas rumah, memasak rendang, dan berbuka puasa bersama.

Dipenuhi dengan kasih sayang dan keceriaan, program ini bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga membawa penonton lebih dekat dengan kehidupan Fasha dan keluarganya, sekali gus memberi inspirasi kepada mereka.

Raikan Ramadan dengan penuh kehangatan bersama Oh Mummy! Sebuah program yang menampilkan kisah kasih sayang dan gelagat ibu dan anak, keceriaan keluarga, serta momen-momen berharga sepanjang bulan mulia ini.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kehidupan sebenar seorang selebriti yang bergelar ibu, detik-detik istimewa bersama keluarga, dan keindahan ikatan yang menjadikan Ramadan lebih bermakna bersama tersayang!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 4 May 2020
Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Sembuhkan Rindu Taruhan Pertama Sekar Qaanita

Gadis kelahiran Jakarta ini juga bakal tampil dengan album mini tak lama lagi namun mengambil pendekatan dengan melancarkan lagu demi lagu dahulu.

Perundangan Sat, 15 Jun 2024
Trending Fri, 27 Mar 2020
Featured Tue, 14 Dec 2021

“Dia Pun Nak Solat Berjemaah” – Monyet Sesat Dalam Masjid Berjaya Diselamatkan Bomba

Video beberapa anggota bomba yang menyelamatkan seekor monyet dalam masjid dipercayai di Bukit Jelutong, Shah Alam tular sejak semalam. Video yang berdurasi 1:36 minit itu menunjukkan anggota bomba sedang mencuba untuk membawa seekor monyet turun […]

Featured Sun, 4 Dec 2022
Kisah Viral Fri, 16 May 2025
error: Content is protected !!