Euforia Bola 2026
Trending By: Ad Ops December 14, 2018 @ 11:00am

Kerana Cantik Sangat, Lelaki Ini Diminta Tunjukkan MyKad Oleh Polis Sebagai Bukti

Walaupun kita patut rasa bersyukur dengan rupa yang telah Tuhan kurniakan, tak dapat nafikanlah yang kadangkala ia boleh mengundang tanda tanya. Terutama sekali jika kita nampak macam jantina lain. 

Itulah situasi yang sering dialami oleh lelaki Malaysia ini kerana rupa parasnya yang lebih “cantik” daripada ramai wanita.

Tengoklah gambarnya di atas! Setuju, tak? 

Foto: Twitter @amlegend77

Baru-baru ini, Abdussalam Firdaus Abdul Aziz menghadiri perlawanan separuh akhir AFF Suzuki Cup 2018 di Stadium Bukit Jalil. 

Biasalah, sesiapa yang nak masuk kenalah melalui pemeriksaan keselamatan yang dijalankan oleh pihak polis. 

Tapi bila tiba turn Abdussalam, abang polis di situ tak percaya yang dia ini adalah seorang lelaki! Dia siap kena tunjukkan MyKad miliknya sebagai bukti. 

Katanya kepada mStar, tindakan tersebut memang wajar pun sebab polis lelaki ditugaskan untuk memeriksa badan penonton lelaki manakala polis wanita pula untuk golongan wanita. 

Betul juga. Kalau tak, nanti tak silap-silap kena raba!

Abdussalam, 22, yang merupakan seorang pelajar Universiti Kuala Lumpur ini berkata perkara sebegini dah biasa berlaku. 

Pernah sekali itu, dia menggayakan rambut pendek. Tapi orang lain menyangka bahawa dia adalah seorang pengkid! Laaa… kesian. 

Foto: Mstar

Apa-apa pun, Abdussalam tak mengambil hati dan sebaliknya memang bersyukur ke atas pemberian Tuhan. Tapi pada masa yang sama, dia dah penat dengan orang yang tersalah anggap kerana ciri-ciri femininnya.  

Foto-foto di atas telah dimuat naik menerusi akaun Twitternya dan di-retweet pula oleh ramai orang hingga Abdussalam menjadi popular semalaman. 

Salah seorang pemberi komen mencadangkan dia menyimpan misai dan janggut supaya terserlah kejantanannya.

Abdussalam menjawab yang dia dah pernah cuba tapi sebaliknya dia nampak macam ikan keli! Aduh! Susah juga kes ini.

Tak apalah, biarlah apa orang nak kata. Asalkan Abdussalam bahagia dengan diri sendiri. 

Sumber: World Of Buzz 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 10 Jan 2018

碗的风水禁忌 千万别把「饭碗」给丢了!

碗作为中国人日常必需的饮食器具,与中华传统文化密不可分。在风水学的角度来看,碗的风水也是很讲究,只有注意这些风水禁忌的朋友,才能带来更好的运势!

Featured Tue, 11 Oct 2022

Azhan Rani Dedah Pernah Alami Nasib Sama Seperti Wafariena – “Siapa Nak Tanggungjawab?”

Hmm siapa tak sayang nyawa kan? Semoga perkara ini ada jalan penyelesaiannya

Trending Thu, 5 Dec 2019

Women Empowerment Through Education; Michelle Obama And Julia Roberts To Visit Malaysia Next Week Give A Talk On That!

Two beautiful and brilliant ladies’ coming to KL to spread awareness in girl power rush!

Trending Fri, 12 Jul 2019

Dakwaan Fitnah, Siti Kassim Kena Saman RM2 Juta!

Firdaus Wong Wai Hung mengemukakan saman sebanyak RM2 juta ke atas peguam dan aktivis sosial, Siti Zabedah Kasim atau Siti Kasim pada Jumaat.

Hiburan Wed, 25 Jun 2025
Featured Wed, 26 Jun 2024
error: Content is protected !!