Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin December 9, 2025 @ 10:26am

“Orang Lain Boleh Cakap Apa Je Tapi Tak Boleh Jadi Macam Awak”- Noor Nabila Titip Pesanan Padu Buat Ameera Khan Sempena Sambutan Hari Lahir

Usahawan Noor Nabila menitipkan ucapan penuh penghargaan dan motivasi buat adiknya yang juga model dan pempengaruh popular, Ameera Khan sempena ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Nabila menyifatkan Ameera sebagai figura muda yang telah berjaya membina nama serta pencapaian sendiri dalam industri fesyen dan media sosial.

“Awak telah mencapai begitu banyak dalam karier awak dimana orang-orang dalam industri awak berebut-rebut untuk merasai walaupun sedikit dari apa yang awak lalui.

“Awak berjaya mewakili Malaysia. Berjaya berkolaborasi bersama jenama mewah terkenal, mengelilingi dunia dan menerima bayaran disetiap atas kerja keras awak dan awak masih humble, lembut dan baik hati,” katanya.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab terhadap adik-adiknya, Nabila berkata,  kecaman atau rasa kurang senang daripada pihak tertentu bukanlah sesuatu yang perlu dilayan kerana ia adalah sebahagian daripada titik permulaan kejayaan.

“Orang lain mungkin akan berasa iri hati keran aitu memang sifat mereka. Tapi mereka tak boleh jadi awak.

“You are too busy winning, too busy eraning your own money and building your own life. Being independent,” jelasnya.

Dalam masa sama, Nabila turut berbangga melihat adik perempuan bongsunya itu kini mampu berdikari dan menikmati hidup atas usaha sendiri.

“Awak boleh beli apa sahaja yang awak suka selain daripada apa yang Mama dan Daddy boleh berikan untuk awak.

“Awak benar-benar menjalani kehidupan seperti apa yang orang lain idam-idamkan dan paling bermakna ia adalah hasil titik peluh awak sendiri.

“Sekarang jadilah bintang yang terus bersinar sepertimana selalunya. teruskan mengumpul memori, duit dan stamp on your passport. Dunia masih belum melihat sisi terbaik anda. Kami akan sentiasa ada dan selalu berbangga untuk awak,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Syafie Naswip- Aishah Azman Putus Tunang

Bukan sebab orang ketiga ya!

Hiburan Wed, 18 Sep 2019

Tahniah Hafiz Suip, Bakal Timang Anak Kedua!

Congrats to Hafiz dan Effy!

Trending Sat, 28 Jul 2018

Chong Wei ‘Gantung Raket’ Selamanya?

Jika benar beliau bakal bersara, sudah tentu berita ini membuatkan rakyat Malaysia bersedih. Kami doakan Datuk Lee Chong Wei sembuh seperti

Hiburan Wed, 27 Aug 2025
Featured Fri, 28 Oct 2022
Trending Sat, 23 May 2020
Hiburan Thu, 12 Oct 2023
Hiburan Wed, 28 Feb 2018

Gara-Gara Akaun Instagram, @boss_ned Warning Netizen?

Nedim memaklumkan bahawa, baby Ney Ney tidak akan ada akaun sendiri melainkan bila Ney Ney sudah besar dan boleh memilih sendiri sama ada mahu menjadi public figure ataupun hidup in a private life

Featured Fri, 3 Feb 2023
error: Content is protected !!