Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 28, 2018 @ 4:45pm

Chong Wei ‘Gantung Raket’ Selamanya?

Pemain badminton nombor dua terbaik dunia, Datuk Lee Chong Wei berkemungkinan terpaksa ‘gantung raket’ selamanya apabila berdepan masalah kesihatan serius.

Menurut sumber, keputusan ini dibuat bagi memberi laluan kepadanya menjalani rawatan pemulihan yang memakan masa.

Pemain berusia 36 tahun itu kini berada di Taiwan bagi mendapatkan nasihat pakar perubatan di negara berkenaan berhubung masalah kesihatan yang dialaminya.

Kali terakhir Lee Chong Wei beraksi ketika di Kejohanan Terbuka Indonesia pada 7 Julai lalu di mana beliau terkandas di perlawanan separuh akhir.

Masalah kesihatan dialami Chong Wei mula menjadi tumpuan selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan pemain berkenaan menarik diri daripada beraksi pada Kejohanan Dunia di Nanjing, China yang bermula Isnin ini dan Sukan Asia di Jakarta, Indonesia pada 19 hingga 28 Ogos depan.

Menerusi kenyataan dikeluarkan badan induk itu Selasa lalu, Chong Wei disahkan mengalami masalah pernafasan dan dia perlu berehat selama sebulan bagi menjalani rawatan dan tidak boleh terbabit dengan sebarang aktiviti fizikal.

“Ini sememangnya berita yang menyedihkan apabila wira kita yang sudah banyak menyumbang dan mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa mengalami masalah kesihatan seperti ini. Semua orang pun tahu dia seorang atlet yang sentiasa menjaga kesihatan dan tahap kecergasannya.

 “Apa yang kita boleh lakukan sekarang adalah berdoa supaya Chong Wei segera pulih,” kata sumber itu.

Sementara itu, usaha bagi mendapatkan reaksi Chong Wei berhubung perkara itu gagal apabila dia yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp tidak memberikan sebarang jawapan.

Untuk rekod, sepanjang kerjayanya sebagai pemain badminton negara, dia sudah meraih 69 kejuaraan di pentas antarabangsa dan pencapaian terbaiknya adalah tiga kali meraih pingat perak Olimpik (2008, 2012 dan 2016) dan tiga kali muncul naib juara dunia (2011, 2013 dan 2015).

Untuk seluruh rakyat Malaysia, inilah masanya untuk membalas segala jasa yang sudah disumbangkan Chong Wei sepanjang kerjayanya dengan mendoakan segala urusannya dipermudahkan dan dia kembali pulih. – BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 22 May 2026

Ciapan ‘This Place’ Raih Tumpuan, Kamal Adli Kenang Detik Perceraian Bersama Uqasha Senrose Di Mahkamah? Netizen Pesan Jangan Bersedih!

Ciapan Kamal Adli bertulis “this place” merujuk kepada perkarangan Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, detik bercerai dengan Uqasha Senrose

Featured Mon, 31 Oct 2022
Hiburan Sun, 16 Apr 2023
Featured Tue, 4 Jan 2022

“Tinggal Empat Bulan Lagi” – Eyra Hazali Kongsi Berita Gembira Hamil Anak Kedua

Pelakon Eyra Hazali, 22, memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya sudah mencecah lima bulan. Menerusi hantaran Instagram, Eyra membuat kejutan kepada suaminya, Haziq Nadzli dengan memberikan hadiah berupa sebuah kotak. Di […]

Trending Fri, 3 Aug 2018

Air Terjun Setinggi 108 Meter Dalam Gedung Pencakar Langit

Liebian International Building yang terletak di Guiyang, China bahagian Barat Daya mempunyai air terjun buatan yang paling tinggi 108 meter

Trending Tue, 29 Dec 2020
Trending Mon, 22 Feb 2021

Virus Covid-19 Dijangka Berakhir Pada 2022

Diharap Covid-19 dapat dipulihkan secepatnya

error: Content is protected !!