Euforia Bola 2026
Featured By: Dharnieya Nur Amelsa December 8, 2022 @ 5:51pm

“Our Trio Is Back!” – Netizen Sebak Persahabatan Rozyana Roslan, Sally & Mia Azhar Kembali Bertaut

Bagi pengguna TikTok, sudah pasti mereka mengenali tiga pempengaruh yang merupakan sahabat baik iaitu Rozyana Roslan, Sally dan Mia Azhar.

Walaubagaimanapun, terdapat sedikit krisis yang terjadi antara tiga sahabat baik itu apabila Sally dan Mia berselisih faham dengan Rozy sehingga membuatkan mereka bertiga tidak lagi akrab.

Perkara terbabit menimbulkan pertanyaan kepada orang ramai mengenai isu pergaduhan mereka.

Namun, baru-baru ini, usahawan Anas Zahrin telah membawa ramai pempengaruh untuk mengerjakan Umrah bersama serta cuba untuk mempertemukan dan membaiki hubungan persahabatan mereka bertiga.

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Anas di laman TikTok, dia telah mempertemukan Sally dan Rozy di sebuah kedai makan.

“Terima kasih ya Allah, Akhirnya adikku berdua Rozy dan Sally bertemu.

“Doa abang Anas dan yang lain untuk mereka berdua bertemu Allah makbulkan on the spot di Tanah Suci.

“Syukur Ya Allah, Syukur,” tulisnya di dalam video tersebut.

@anaszahrin Ya Allah, takbir! Syukurrrr!!!!!!!!!! @Rozyana Roslan @Sallyforshort 😭😭😭😭😭😭 #ANASkongsirezeki #ANASUmrah2022 ♬ original sound – ANAS®

Bukan itu sahaja, perkongsian yang dimuat naik oleh Rozy di laman TikTok juga turut membuat orang ramai sebak dan gembira melihat persabahabatan mereka bertiga itu kembali berbaik semula.

@rozyanaroslan2Ni haa mia ❤️♬ bunyi asal – Muhammad Erwan Ramli

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat mereka bertiga berpelukan dan berbaik semula dan turut mengatakan bahawa mereka memang menunggu momen ini tiba.

“Our trio is back!

“Moment paling aku tunggu. Allahu.

“Hari nangis semalaysia. Happynya Trio ni!

“Finally, lama tunggu moment ini kembali.

“Nangis lagi, bengkak mata malam ni. Love you all!

“Perancangan Allah itu indah. Happy tengok dia orang bersatu kembali. Alhamdulillah.

“Nampak muka dia orang macam terlalu rindukan satu sama lain. Rasa keikhlasan rindukan satu sama lain, rasa keikhlasan itu. Semoga persahabatan kalian sampai Syurga,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Tak Mahu Dibayangi Drama Nur, Amylea Sedia Tunjuk Taring di AJL-33

Amylea memberitahu tiada sebarang gimik akan dilakukan di pentas AJL 33 nanti.

Trending Tue, 24 Nov 2020
Hiburan Mon, 8 Jul 2019

Are LOOΠΔ and TXT Possibly Connected?

The new discovery leaves Orbits and Young Ones dazed and confused.

Featured Thu, 9 Feb 2023

Tular Video Aksi Ghairah Di Kelab Malam, Ini Respons Ameerul Asyraf – “Tak Tahu Apa Tujuan Dia…”

Terbaik tak berselindung.. Apa motif wanita tersebut agaknya ya? 🤔

Featured Thu, 21 Mar 2024
Hiburan Mon, 18 Dec 2023

Seronok Tengok Cara Amelia Christie Layan Jebat Jayden, Netizen Berseloroh: “Calon Mak Tiri Direstui”

Kekasih kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, Amelia Christie sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagatnya melayan kerenah anak aktor itu, Jebat Jayden. Menerusi video yang tular di TikTok, Amelia kelihatan sangat lembut dan […]

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Hiburan Mon, 27 Jan 2025
Trending Sat, 16 Jun 2018

Tun Mahatir Got a Massive Shock After Stepping into Putrajaya

There were shredded documents and locked out computers all over!

error: Content is protected !!