Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 9, 2018 @ 7:39am

Panas! Syed Saddiq Jawab Isu Setiausaha Akhbar KBS

Seawal jam 8 pagi, pengamal media telah berkumpul  di hadapan bangunan Kementerian Belia dan Sukan apabila diberitahu sebuah perhimpunan aman sebagai bantahan kepada Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kerana melantik pegawai khas daripada golongan gay.

Bagaimanapun, sehingga 11 pagi, tiada seorang anggota kumpulan bantahan itu berada di hadapan bangunan KBS.

Dalam pada itu, Syed Saddiq memaklumkan nama Setiausaha Akhbar (SUA) yang tertera di laman web rasmi Kementeri Belia dan Sukan adalah tidak benar.

“ Laman web rasmi KBS mungkin disabotaj pihak tidak bertanggungjawab. Saya telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Setiausaha KBS, Datuk Lokman Hakim Ali, untuk tindakan susulan.

“Sehingga kini tiada sebarang lantikan dibuat dan kini kami sedang memuktamadkan calon sesuai untuk jawatan terbabit,” katanya kepada media, siang tadi.

Tambah Syed Saddiq, nama yang tertera di laman web berkenaan merupakan rakannya, Numan Afifi yang banyak membantu mengenai media dari awal sehingga berada di posisi sekarang.

“Dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perkhidmatannya sehingga SUA dilantik secara rasmi,” katanya.

Sementara itu, Numan Afifi dalam satu kenyataan berkata, beliau hanya membantu Syed Saddiq sementara menunggu SUA dilantik secara rasmi.

Sebelum ini, pelantikan Numan turut dikritik pengguna media sosial dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kerana Numan yang juga Presiden Kempen Pelangi pernah menjadi tumpuan media kerana menganjurkan program ‘Iftar Gay’ pada Jun 2017.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Aug 2022
Trending Fri, 10 Apr 2020

“Beberapa Sektor Ekonomi Akan Dibuka Semula Secara Berperingkat” – Perdana Menteri

Senarai sektor akan diberitahu dalam masa terdekat ya…

Featured Fri, 27 Feb 2026

“Waktu Dengar Demo Saya Tahu Rakan Duet Tak Boleh Sembarangan ” – Nabila Razali Pilih Nabil Ahmad Kolaborasi Lagu ‘Tak Sabar Nak Raya’

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali mengakui keputusannya memilih pelawak dan pengacara terkenal, Nabil Ahmad untuk berkolaborasi menerusi lagu raya terbaharunya berjudul, Tak Sabar Nak Raya dibuat secara teliti.

Trending Fri, 11 Dec 2020

1.4 Juta PKS Dapat Manfaat Bantuan Langsung

Teguh kita, menang bersama!

error: Content is protected !!