Categories: Parenting

9 Foto Anak-Anak Putera William Dan Kate Middleton, Comel Sangat Sampai Nak Gigit!

Putera William dan isterinya Kate Middleton kini mempunyai dua sepasang putera dan puteri yang tersangatlah comel, iaitu Putera George dan Puteri Charlotte.

William dahlah handsome, Kate pula cantik dan ayu. Memang patutlah anak mereka comel sebegitu!

Pasangan tersebut juga menunggu kelahiran anak mereka yang ketiga yang dijangka akan bersalin pada 23 April ini, menurut jurucakap diraja Britain.

Sebelum George dan Charlotte dapat adik baru, jom kita tengok dulu gambar-gambar mereka yang kiut-miut itu.

Foto: Getty

Baru berumur 9 bulan, George membuat muka ketika ibunya memegangnya di Australia. Dia menikmati trip pertamanya apabila William dan Kate melancong selama 3 minggu ke Australia dan New Zealand.

Foto: Getty

Charlotte, yang dilahirkan pada bulan Mei, 2015, tersenyum riang bersama bapanya di French Alps. Kecil-kecil dah main ski!

Foto: Getty

George dan William melambai kepada pihak media di St. Mary’s Hospital tak lama selepas kelahiran Charlotte. William selalu tekankan kepentingan keluarga baginya. “Saya mahu anak-anak saya membesar dalam dunia yang bahagia, stabil dan selamat. Saya mahu George untuk membesar bukan di sebalik dinding istana; dia perlu keluar untuk merasai dunia. Pihak media akan menyukarkan keadaan tapi saya akan berusaha supaya mereka ada kehidupan normal.”

Foto: Getty

Seronok Charlotte dapat main dengan belon. Sweetnya!

Foto: Getty

George menyapa pihak media di upacara christening adiknya di gereja St. Mary Magdalene di Sandringham.

Foto: Getty

George memakai bathrobe peribadi sewaktu berjumpa dengan bekas presiden Barack Obama dan isterinya Lady Michelle di Istana Kensington. Kecil je bathrobe tu! Siap ada nama lagi!

Foto: Getty

Suka betul Charlotte pada anak patung beruang dia. Gambar ini diambil oleh Kate pada bulan Oktober 2015.

Foto: Cosmopolitan

Charlotte memakai knitted kardigan ketika hari jadinya yang kedua.

Foto: Cosmopolitan

George duduk di tangga istana Kensington sebelum Hari Natal yang pertamanya pada bulan Disember 2014. Tengoklah bajunya! Ada gambar pengawal Britain!

Sumber: Cosmopolitan

Ad Ops