Categories: LIFESTYLE

5 Tips Guna Soda Bikarbonat

Kadang -kadang sesuatu yang kecil itu sebenarnya banyak kebaikan dan khasiat. Ada yang dapat membantu dalam diri sendiri ada pula yang membantu dalam kehidupan sendirian. Tahukah anda akan soda bikarbonat ? Biasa digunakan dalam memasak tetapi sebernarnya mempunyai pelbagai kegunaan untuk melancarkan kerja rumah. Yang penting mudah didapati dan harganya juga murah.

5 Tips Guna Soda Bikarbonat 

1. Bahan Pencuci Dapur

Soda bikarbonat boleh menjadi bahan pencuci yang efektif. Anda letakkan sedikit serbuk ini ke atas span atau kain basah untuk membersihkan mikrowave, peti sejuk, dan peti sejuk beku.

Selain itu ia sesuai dicampurkan dengan sabun untuk membuang kotoran gris, air teh, air kopi dan kotoran makanan pada kuali/periuk dan mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran dan periuk.
2. Bahan Pencuci Pakaian
Soda bikarbonat boleh membantu proses pencucian pakaian anda menjadi lebih mudah dengan melarutkannya ke dalam air atau tabur serbuk ini di atas pakaian atau di dalam mesin basuh.
Ia akan membantu melembutkan pakaian dan menyah bau pakaian. Dalam masa yang sama, ia boleh membantu membuang kotoran kuning, gris dan dakwat yang biasa ada pada bahagian tertentu pakaian seperti kolar, pergelangan tangan baju, dan pakaian dalam.
3. Bahan Pencuci Tandas

Ya, buat kali ketiganya, soda bikarbonat sesuai digunakan sebagai bahan pencuci tandas. Ada beberapa cara untuk anda mengaplikasikannya. Antaranya ialah dengan membancuhnya di dalam botol spray. Kemudian semburkan ia pada langsir mandian dan dinding untuk menyah kulat.

Anda juga boleh bancuh serbuk soda bikarbonat di dalam baldi yang penuh dengan air dan jirus ke dalam paip untuk menanggalkan kotoran degil dalam paip yang menyempitkan laluannya. Anda juga boleh menggunakannya untuk menyah kumah pada lantai tandas dan bilik air.

4. Pengilat Barang Berharga

Anda boleh membersihkan barang kemas, barangan perak dan aksesori besi, pinggan mangkuk dan kristal sehingga ia berkilat dengan bantuan serbuk soda bikarbonat.

5. Penyah Dakwat

Anda boleh menanggalkan kotoran krayon, dakwat dan pen dakwat kekal (permanent marker) pada pakaian dan tangan.
Sumber : Vocket dan Siakap Keli
SGMS Enal