Categories: Parenting

Kerana Guna Produk Pemutih, Wanita Ini “Turunkan” Alergi Kulit Kepada Anak Kecilnya

Saban hari, produk pemutih semakin banyak dijual di pasaran Asia. Kononnya kulit putih itu lebih cantik.

Orang yang taksub dengan kecantikan pun bertambah ramai walaupun memang diketahui secara umum yang produk sebegini merbahaya sebenarnya.

Rasanya bila dah terkena padahnya, baru mereka sedar kot.

Di Filipina, sudah ada dua kes di mana penggunanya telah mendapat side effect yang membahayakan kesihatan.

Jom baca kisah mereka! Harap-harap ia akan membuka mata anda tentang betapa bahayanya produk ini.

Foto: newssentinel.blog

Bukan seorang saja

Produk yang kedua-dua wanita ini gunakan adalah produk Goree, sebuah jenama dari Pakistan yang banyak mengeluarkan barangan pemutih seperti pencuci muka, sabun badan serta krim malam.

Salah seorang penggunanya, Karen Grace Reguyal telah mengalami alergi kulit yang teruk. Yang memburukkan lagi keadaan, anak kecilnya tak semena-mena terkena sekali tempiasnya!

Foto: YouTube Kapuso Mo, Jessica Soho (GMA)

 

Pakar kanak-kanak yang dia temui berpendapat bahawa Karen telah “menurunkan” alergi tersebut kepada anaknya melalui susu badan atau sentuhan kulit.

Tengok? Jika anda menggunakan produk ini, anda bukan saja boleh membahayakan diri sendiri tapi orang kesayangan anda.

Kandungan Merkuri

Satu lagi kes telah berlaku kepada seorang lagi pengguna Goree, Princess Tupas-Rusev. Dia mengalami alergi kulit yang teruk dan sistem imunisasinya menjadi lemah hingga dia dikejarkan ke wad kecemasan sebanyak 7 kali.

Dia berkata lagi, dia berasa gatal yang amat sangat hingga dia sukar bernafas!

Foto: www.gmanetwork.com

Aduhai. Ada ramai lagi mangsa produk ini, dan semuanya mengalami side effect yang lebih kurang sama. 

Para doktor di dunia pun sudah kenal dengan produk Goree ini yang dikatakan mendatangkan komplikasi buruk.

Ia dilaporkan mengandungi bahan merkuri yang banyak hingga boleh membahayakan kesihatan. Walau bagaimanapun, jurucakap syarikat pengeluar barangan Goree menafikan statement tersebut dan menegaskan bahawa produk yang mendatangkan masalah ini bukannya salah satu daripada produknya.

Foto: YouTube Kapuso Mo, Jessica Soho (GMA)

Periksa dahulu

Sebenarnya tak salah untuk memakai produk kecantikan, tapi anda perlu kaji dulu keberkesanannya serta jika ia selamat untuk digunakan. Tanya pada doktor atau orang yang berkelayakan. Jangan percaya saja kata-kata orang sebarangan.

Tengok dulu bahan-bahan yang digunakan, sama ada anda ada alergi terhadap salah satu daripadanya.

Kalau boleh dan kalau nak selamat, gunakan produk yang berasaskan tumbuh-tumbuhan.

Hati-hati, ya!

Sumber: theAsianparent

 

 

Ad Ops