Categories: Gaya Hidup

Ini Rahsia Puteri Aishah Untuk Kekal Cantik & Sihat Yang Perlu Anda Tahu

Pasti dalam kalangan kita nak tahu tip kecantikan yang diamalkan oleh selebriti-selebriti di Malaysia ini. Yalah, bila tengok mereka, semuanya cantik dan memiliki kulit wajah yang mulus tanpa cela. 

Aktres Puteri Aishah yang sedang meningkat naik dalam dunia lakonan memang tidak dapat disangkal lagi dengan kecantikan yang dimilikinya.

Heroin bagi filem Pulang itu ketika ditemui telah berkongsi dengan Hijab & Heels tip-tip yang diamalkan setiap hari untuk kekal cantik dan sihat. Nak tahu antara rahsia kecantikan Puteri Aishah? Jom kita semak!

1. Minum air putih secukupnya

Foto: Klikdokter

“Puteri akan minum air putih paling kurang pun 3.5 liter sehari; selalunya Puteri akan minum lebih lagi daripada itu. Lagi bagus, minum sebanyaknya agar badan kita kekal hidrasi.”

2. Kurangkan makanan yang berminyak

Foto: Egyption Beauty

“Puteri akan kurangkan makanan yang berminyak. Biasanya Puteri akan makan makanan yang bersup, kalau dihidangkan dengan makanan yang berminyak pun Puteri akan makan dengan kuantiti yang sedikit sahaja.

“Kalau ketika diet pula, Puteri biasanya akan makan nasi dengan kuantiti yang sedikit dan banyak makan kekacang. Biasanya, Puteri akan masukkan kekacang dalam plastik kecil dan letak dalam beg agar mudah dibawa kemana-mana.” 

3. Kurangkan makanan dan minuman manis

Foto: Sekilas Info

“Selain itu, Puteri akan kurangkan makanan dan minuman yang manis. Kalau makan manis, Puteri akan minum air putih supaya dapat ‘bilas’ semula kemanisan dalam badan.”

4. Kerap melakukan senaman

Foto: Instagram Puteri Aishah

“Puteri akan selalu work out kalau tengah free dan tak ada shooting. Biasanya, seminggu itu adalah 3 hari puteri akan pergi ke gym. Puteri akan seimbangkan juga, kalau badan rasa macam dah penat work out, saya akan berehat di rumah sebab badan kita juga memerlukan rehat yang secukupnya.”

Jadi, kalau anda nak cantik dan sihat macam Puteri Aishah, boleh amalkan tip yang dia amalkan ini. Barulah ‘hot’ macam selebriti!

Semoga bermanfaat!

tex_admin