Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir October 14, 2023 @ 11:29am

Pasangan Keenam Famili Duo 3 Jadi Tanda Tanya, Netizen Petik Nama Kak Lina Pom Pom & Suami?

Debaran Famili Duo 3 semakin terasa! Pasangan keenam juga masih menjadi tanda tanya.

Menerusi perkongsian di Instagram TV3, satu hantaran dimuat naik dengan memberi bayangan pasangan keenam.

Pasangan misteri ini menyatakan cabaran utama mereka dalam Famili Duo 3 adalah pasangan Ryan dan Adam Bakery!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberi tekaan pasangan itu adalah penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom dan suaminya, Mohamad Azlan apabila bayangan tersebut seperti gambar kahwin mereka.

“Uish Kepom ke? Epic comeback kalau betul.

“Kalau tengok gambar background macam suami Kak Lina.

“Ohhh kepom kot sebab tu dia left Gegar Vaganza,” komen netizen.

Siapakah pasangan misteri keenam ini? Nantikan kemunculan pasangan duo terakhir ini pada 15 Oktober, setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. Gunakan hashtag #FamiliDuo2023 #FamiliDuoTV3 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media.

Lima pasangan telah diumumkan untuk bertarung di pentas Famili Duo 3 iaitu Shila Amzah & Syahir Amzah (adik-beradik), Adira & Emma Suhaimi (adik-beradik), Fuad Rahman & Tom (suami isteri), Ryan Bakery & Adam Bakery (adik-beradik), Haqiem Rusli & Ariff Bahran (sepupu).

Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

Musim terbaharu yang lebih menyengat ini diterajui oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Muhamad Sufian Che Isa sebagai penerbit eksekutif dan Noradillah Binti Abdullah sebagai penerbit.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Cayalah! Majlis Ramah Mesra Bersama Pelakon ‘Pulang’ Gamat

Suasana menjadi lebih gamat apabila pengacara majlis, Haziq menjemput lima orang peminat naik ke pentas dan melakonkan beberapa babak yang ada di dalam filem Pulang. Kelakar habis!

Hiburan Tue, 25 Nov 2025

Siti Nurhaliza Usik Hael Husaini – “Tak Sabar Nak Nyanyi Masa Awak Bersanding”

Siti Nurhaliza usik Hael Husaini, seloroh nak nyanyi masa majlis kahwin

Featured Mon, 31 Oct 2022

[VIDEO] “Ni Baru Betul! Aku Tak Suka Aku Akan Block,” – Tukar Lirik, Netizen Terhibur Lagu ‘Swipe’ Versi Sajat

Sajat ni kan 🤣🤣🤣 ‘Aku ada type, kalau aku tak suka, aku tak suka aku akan block… block. Anjingg block’ 🤣🤣🤣 Terhibur min 🤣🤣

Hiburan Fri, 2 Feb 2018

PENANG MURAL ARTIST BARRED FROM RETURNING TO MALAYSIA!

The genius behind the bicycle mural in Penang has surprisingly been barred from returning to Malaysia.

Events Sun, 23 Feb 2020
Hiburan Wed, 8 Jan 2025
error: Content is protected !!