Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom November 4, 2018 @ 5:00pm

Patung Replika Gergasi Hello Kitty Tarikan Utama Pameran Our Sanrio Times Di Quill City Mall

Patung replika gergasi Hello Kitty yang berketinggian 3.5 meter, menjadi tarikan utama Pameran Our Sanrio Times yang akan diadakan di Quill City Mall Kuala Lumpur, Dewan 5, bermula dari 24 November sehingga 6 Januari 2019, pada jam 11 pagi hingga 9 malam.

Selain Hello Kitty, sebanyak 2,000 boneka terdiri daripada karakter popular Sanrio akan dipamerkan dalam sebuah laluan yang diubahsuai menjadi lorong merentasi masa.

Foto: EH!

Apabila pengunjung melaluinya, mereka dapat merasakan pengalaman merentasi zon tema berbeza termasuk ‘Sanrio Time Tunnel’ yang membawa pengunjung mengenang semula watak klasik Sanrio.

Acara anjuran bersama ALATA EVENTS dan MACEXPO, bakal menampilkan 13 zon yang mempamerkan 100 gambar daripada 400 watak comel Sanrio.

Foto: EH!

Zon Sanrio Village misalnya, mengabadikan 100 watak keluarga Sanrio termasuklah kereta api mainan Sanrio yang sangat nostalgik.

Kampung ini dimodelkan berdasarkan Gift Gate di Gotanda, Tokyo yang dibuka pada tahun 1970. Tarikan kedua adalah replika dompet syiling Hello Kitty iaitu barangan pertama ciptaan Sanrio.

Foto: EH!

Bahkan, lebih 300 edisi terhad dan barangan Sanrio vintaj yang jarang ditemui turut akan dipamerkan di pameran ini. Bukan itu saja, malah barisan pereka Sanrio Japan akan berada di pameran ini untuk mencipta lakaran eksklusif sembilan watak Sanrio terkenal.

Pengunjung juga berpeluang untuk belajar melukis watak kegemaran mereka menerusi tutorial daripada pereka. Selain itu, untuk penggemar Instagram, jangan lepaskan peluang untuk ke pameran ini kerana The Plushy World bakal menjadi ruang paling Instagram-worthy.

Foto: EH!

‘Vintage Stationery House’ pula memaparkan pelbagai alat tulis klasik Sanrio, ‘Strawberry Newsroom’ membolehkan pengunjung melayari isu eksklusif majalah bulanan Sanrio iaitu Strawberry News.

Di ‘Strawberry Office’, pengunjung akan dapat menemui banyak rahsia Strawberry King. Malah, pengunjung akan berpeluang untuk menjadi wajah depan majalah Strawberry News di Strawberry Studio.

Foto: EH!

Sebelum terlambat, dapatkan tiket Sanrio dengan segera! Untuk pembelian awal bermula 30 Oktober hingga 20 November 2018, tiket masuk ke pameran ini hanya RM25 sahaja. Selepas tarikh tersebut, untuk warganegara Malaysia akan dikenakan RM33. Untuk golongan OKU, pembelian tiket dari 21 November sehingga 6 Januari dikenakan RM20.

Foto: EH!

Manakala bagi bukan warganegara Malaysia, pengunjung akan dikenakan RM60 untuk masuk ke pameran ini. Untuk kanak-kanak yang berketinggian 90cm dan ke atas akan dikenakan bayaran masuk. Semua harga tiket adalah tidak termasuk RM2 yuran pemprosesan.

Anda boleh dapati tiket ke Our Sanrio Times menerusi laman web www.ticketcharge.com.my atau hubungi +603 9222 8811. Untuk informasi lanjut, layari www.oursanriotimes.my.

Sumber: EH!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Thu, 3 Jan 2019

Rasai Pengalaman Hot Air Balloon Ala Cappadocia Di Pulau Pinang!

Jangan lupa serbu Padang Polo, Pulau Pinang pada 9 dan 10 Februari ini!

Eat Travel Tue, 25 Sep 2018
Eat Travel Tue, 13 Nov 2018

Tak Perlu Ke Osaka, Anda Kini Boleh Naiki Keretapi Bertemakan Hello Kitty Di Tokyo!

Jika anda ke Tokyo tak lama lagi, jangan lepaskan peluang ini ya!

Eat Travel Wed, 9 Jan 2019
Eat Travel Tue, 5 Jun 2018

7 Sebab Pulau Bali Adalah Destinasi Honeymoon Yang Perfect Untuk Anda

Bukan saja cantik pemandangannya, ia juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk pasangan.

Eat Travel Sun, 7 Oct 2018

Imaginasi Hidangan Timur-Barat, Meet & Dine Kafe Wajib Anda Singgah!

Meet & Dine menjanjikan hidangan yang super hebat!

Eat Travel Mon, 8 Apr 2019
Eat Travel Sun, 5 Apr 2020
Eat Travel Thu, 25 Oct 2018

Ini Resipi Pasta Lemon Chicken Cheese Yang Mudah, Masak Dalam 1 Pan Saja

Anda mesti tak pernah rasa masakan pasta macam ini.

Eat Travel Thu, 13 Feb 2020
error: Content is protected !!