Euforia Bola 2026
Sihat By: Yanie Baharom October 4, 2019 @ 12:15am

Payudara bernanah mungkin abses payudara

Memang banyak kebaikan susu ibu yang telah dibuktikan secara saintifik, antaranya bayi yang menyusu badan jarang mengalami cirit-birit atau jangkitan saluran pernafasan, malah kurang mendapat gangguan gastrousus (masalah dengan perut dan usus) dan alahan.

Menyusu badan juga adalah cara semula jadi untuk ibu menjalin hubungan dengan bayi, selain mampu meningkatkan perkembangan fizikal dan mental si kecil.

Bukan itu saja, penyusuan badan juga mempunyai kebaikan jangka panjang pada perkembangan emosi dan psikologi bayi.

Penyusuan memberi banyak manfaat kepada ibu dan juga bayi. Gambar hiasan/Alodokter

Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, setiap wanita digalakkan memberi susu badan sepenuhnya sehingga bayi berumur enam bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur dua tahun.

Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu payudara ibu yang menyusu boleh terkena abses payudara (breast abscess) yang menyebabkan adanya bisul pada payudara. 

Apa yang menyebabkan abses payudara?

Abses payudara sering dikaitkan dengan mastitis, keadaan yang menyebabkan radang pada payudara dan lazimnya berlaku ketika seseorang wanita itu dalam tempoh penyusuan.

Keadaan ini berpunca apabila wanita yang menyusu dijangkiti bakteria yang memasuki tisu payudara, atau jika saluran susu (tiub kecil yang membawa susu) tersumbat, sekali gus menyebabkan berlaku mastitis. Tanpa rawatan sewajarnya, mastitis akan menjadi punca pembentukan nanah.

Wanita yang tidak menyusu juga boleh terkena mastitis jika bakteria memasuki saluran susu melalui puting sakit atau retak, atau menerusi puting yang ditindik. Wanita yang merokok lebih berisiko mendapat mastitis walaupun tidak menyusukan bayi.

Abses payudara boleh menyebabkan:

  • Kemerahan di sekitar payudara
  • Berasa panas
  • Kulit di sekitar payudara membengkak
  • Menyebabkan suhu tinggi (demam)

Jika anda mengalami tanda-tanda ini segeralah bertemu dengan doktor.  Usah khuatir kerana prosedur merawat abses payudara tidak memerlukan pembedahan dan lazimnya hanya diberi antibiotik untuk merawat jangkitan.

Seandainya disahkan mempunyai abses payudara, cecair atau nanah di payudara akan disedut keluar hanya dengan menggunakan picagari dan jarum suntikan. Untuk kes abses yang lebih besar, potongan kecil mungkin diperlukan untuk mengeluarkan nanah.

Jika simptom berterusan selepas mengambil antibiotik, doktor mungkin akan melakukan imbasan ultrasound bagi mengenal pasti masalah yang dihidapi.

Semoga bermanfaat.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Mon, 10 Dec 2018

Posisi Tidur Ibu Hamil Boleh Menyebabkan Bayi Mati Mengejut? Doktor Ini Jelaskan

Terdapat 2 posisi tidur sama ada terlentang atau mengiring.

Featured Mon, 16 Mar 2020

5 tanda badan tidak cukup karbohidrat!

Jangan abaikan keperluan tubuh badan.

Sihat Mon, 4 Mar 2019

Katakan tidak pada lemak. Nanti dulu, badan kita perlukan lemak!

Kita perlu bijak kawal pengambilan lemak

Sihat Mon, 13 Aug 2018
Sihat Wed, 26 Dec 2018
Featured Sat, 18 Apr 2020

Jangan berpuas hati meskipun jumlah jangkitan baharu menurun

Seorang pesakit mampu jadi punca ratusan jangkitan

Featured Wed, 11 Sep 2019

Tak selesa kembung perut? Legakannya dengan tujuh makanan lazat ini!

Kalau tiada ubat, inilah makanan alternatifnya!

Featured Tue, 24 Mar 2020

Buat pemeriksaan sendiri dengan jawab 12 soalan COVID-19

Elak saringan tidak perlu kerana harga ujian RM400

Featured Sun, 3 May 2020

Rakyat boleh lapor kepada pihak berkuasa jika ada pelanggaran SOP

Kerjasama masyarakat dapat bantu usaha Kerajaan

Featured Fri, 17 Apr 2020

5 petunjuk diambil kira sebelum PKP ditamatkan

Kerajaan perlu kenal pasti strategi keluar

error: Content is protected !!