Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi November 16, 2023 @ 3:27pm

Pembunuh Along Spoon Terlepas Hukuman Penjara Sepanjang Hayat

Mahkamah Persekutuan hari ini meminda hukuman daripada penjara sepanjang hayat kepada pemenjaraan selama 33 tahun, ke atas seorang bekas anggota polis yang disabitkan kesalahan membunuh penyanyi terkenal era 90-an, Sabi’ul Malik Shafie atau lebih dikenali sebagai Along Spoon.

Menurut laporan Berita Harian, pindaan hukuman itu berkuat kuasa bermula dari tarikh tangkapan tertuduh, Mohamed Ya’cob Demyati, 57, pada 4 Januari 2000.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada hari kedua persidangan selepas empat bulan penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023, membuat keputusan pindaan itu secara sebulat suara.

Empat lagi hakim yang bersidang ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah; serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, iaitu Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Pada prosiding hari ini, Mohamed Ya’acob ialah antara 12 individu yang terlepas daripada hukuman mati atau penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan memindanya kepada penjara 30 tahun dan ke atas serta sebatan.

Bagaimanapun, bekas anggota polis itu terlepas hukuman sebatan atas faktor usia 50 tahun dan ke atas.

Sebelum ini, Mohamed Ya’cob dikenakan hukuman mati, namun diringankan kepada penjara sepanjang hayat selepas Lembaga Pengampunan membenarkan petisyen rayuannya.

Pada 2 November 2010, lelaki itu dilaporkan kekal dikenakan hukuman gantung atas kesalahan membunuh setelah rayuan akhirnya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Zaki Azmi, memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa keterangan ikut keadaan yang disandarkan pendakwa raya adalah kukuh untuk mensabitkan perayu atas tuduhan membunuh.

Mengikut pertuduhan, Mohamed Ya’acob yang merupakan anggota cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika itu, didakwa membunuh Sabi’ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, jam 1 pagi 26 Disember 1999.

Along Spoon dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 sebelum polis menemui rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 20 Nov 2024

“Ini Bukan Detik Bahagia Untuk Sesiapa” – Diana Danielle Perjelas Senyum Bukan Bermaksud Gembira

Diana Danielle Danny Beeson, 32, tindakan senyum adalah kerana menganggap rakan media sebagai kawan.

Hiburan Tue, 27 May 2025

“Pati Haruan? Doktor Saya Larang” – Ayda Jebat Kongsi Tip Pemakanan Ibu Bersalin Secara Pembedahan

Ayda Jebat maklum doktor menasihatinya untuk mengelak daripada ambil pati ikan haruan

Drama Thu, 6 Jan 2022

Lebih Mudah Untuk Aiman Hakim Ridza Dapatkan Keserasian Bersama Hannah Delisha Dalam 28 Hari Mencari Cinta

Drama slot Lestary 28 Hari Mencari Cinta sudah mula ditayangkan bermula 23 Disember lalu dan ia kembali menggandingkan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha. Drama 15 episod ini mengisahkan tentang watak Faisal yang dilakonkan oleh […]

Events Tue, 30 Apr 2019

Hyolyn Makes Fans Sing & Dance During Performance in Kuala Lumpur

Fans could not get enough of her but thankfully, she’s coming back to KL soon 😉

Hiburan Wed, 6 Dec 2023
Featured Tue, 4 Apr 2023
Hiburan Fri, 16 Jun 2023
Contest Fri, 4 Oct 2019
error: Content is protected !!