Euforia Bola 2026
Trending By: Attiqah Mohd October 20, 2020 @ 5:03pm

Peminjam Boleh Mohon Bantuan Bayar Semula, Golongan B40 Dapat Pertimbangan Khas

Berita baik kepada semua! 

Bantuan pembayaran balik yang diberikan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada peminjam  yang mempunyai pendapatan terjejas akibat COVID-19 masih kekal tersedia. 

Walaubagaimanapun, bantuan tersebut bergantung kepada keadaan peminjam iaitu sekiranya mereka meminta pengurangan ansuran pembayaran balik bulanan atau lanjutan moratorium. 

Pertimbangan khas diberikan kepada golongan B40, perniagaan mikro

Peminjam yang menolak bantuan pembayaran balik sebelum ini, masih boleh memohon bantuan bersasar sepanjang 2020 sehingga ke 2021 jika keadaan kewangan mereka berubah pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Skala bantuan pembayaran balik yang disasarkan tidak pernah berlaku dalam sejarah perbankan Malaysia kerana bantuan terus ditawarkan kepada peminjam di pelbagai kumpulan pendapatan, dengan pertimbangan khas diberikan kepada isi rumah dalam kategori B40, perniagaan mikro serta peminjam yang terjejas akibat sekatan pergerakan,” katanya.

Dalam pada itu, bank menggesa peminjam yang terjejas untuk memohon bantuan pembayaran balik melalui pelbagai saluran yang tersedia. 

“Bank dikehendaki untuk membalas permohonan bantuan pembayaran balik yang disasarkan dalam tempoh lima hari bagi peminjam individu serta dalam tempoh 14 hari untuk peminjam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Peminjam yang tidak menerima jawapan daripada bank mereka dalam tempoh tersebut perlu menghubungi BNMTELELINK (bnm.my/RAsurvey),” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 20 May 2024
Featured Wed, 15 Apr 2026

“Kalau Nak Anak Kena Cari Suami Baru Dulu, Yang TTC Tu Terima Kasih Kerana Masih Bertahan” – Aprena Manrose

Isu zuriat, Aprena Manrose mengakui dia kini stabil dan berasa lebih bersyukur.

Trending Sun, 14 Dec 2025

Pendakwah Tersohor Indonesia Ustaz Irfan Rizki Kongsi Ilmu, ‘Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Ke Syurga’ Program Rohani Sentuh Jiwa Peserta

Cahaya Hati 2.0: Dari Luka Ke Syurga menampilkan penceramah jemputan dari Indonesia, Ustaz Irfan Rizki

Hiburan Sun, 3 Dec 2023
Trending Wed, 16 Feb 2022

Jejaka Tak Dikenali Cuba Nasib DM Wani Kayrie… Bekas Kekasih Pun Muncul Semula!

Membabitkan diri dalam bidang seni semenjak kecil, penyanyi dan pelakon Wani Kayrie menempa kejayaan peribadi yang membanggakan. Berjaya memiliki kenderaan jenama mewah atas hasil usaha sendiri, Wani juga tidak sesekali melupakan pelajaran dan masih menuntut […]

error: Content is protected !!