Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi April 30, 2025 @ 8:25pm

Pempengaruh Dikompaun Jual Piza Wagyu Tanpa Lesen Guna MPV Mewah

Seorang usahawan yang juga terkenal sebagai pempengaruh media sosial dikenakan kompaun selepas didapati menjalankan perniagaan menjual piza wagyu tanpa lesen menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah di kawasan Ampang.

Menurut kenyataan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di Facebook, tindakan penguatkuasaan itu diambil susulan aduan gangguan awam berpunca daripada aktiviti perniagaan tanpa kebenaran.

“Kompaun telah dikeluarkan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil MPAJ 2007 bagi menjamin keselamatan dan keselesaan penduduk,” kata kenyataan itu.

MPAJ turut menegaskan pihaknya sentiasa menyokong pembangunan usahawan tempatan sebagai pemangkin ekonomi komuniti.

“Namun begitu, kami menyeru agar semua pihak mematuhi peraturan dan undang-undang sedia ada demi menjaga keharmonian bersama,” tambah MPAJ.

Dalam hantaran sama, MPAJ memaklumkan satu sesi perbincangan telah dirancang bersama pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian terbaik agar isu penjajaan tanpa lesen tidak terus berulang.

MPAJ juga menyatakan komitmen mereka untuk terus memperkukuh kerjasama dengan komuniti demi mewujudkan suasana persekitaran yang lebih selamat, teratur, dan sejahtera untuk semua.

Sumber/Kredit foto: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 6 Oct 2025

Kejam! Rambut Ditarik, Muka Ditumbuk… Ardell Aryana Alami Tekanan Darah Rendah Lepas Ditahan Isr**l

Ardell dan Haikal kini menerima rawatan disebuah hospital di Istanbul.

Featured Tue, 23 Jan 2024

Genap 3 Hari Bergelar Isteri, Atikah Suhaimie Luah Rasa Teruja – “Macam Tak Percaya, Ingatkan Mimpi”

Yelah… selalu time bercinta on the phone takpun jumpa kejap je kan… Now, dah ada kat depan mata🥰

Trending Thu, 25 Oct 2018

Video Remaja 16 Tahun Viral Di Laman Sosial, Mangsa Nekad Lapor Polis

Difahamkan, kejadian yang berlaku di tandas sebuah pusat sukan di Mak Mandin, Butterworth.

Events Wed, 11 Jun 2025
Hiburan Thu, 21 Mar 2024
Featured Mon, 20 May 2024

Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Dedah Fotofit Suspek

Moga penjenayah dapat ditangkap dengan kadar segera💪🔥

Hiburan Thu, 27 Mar 2025

“Pergi Ke Mana-Mana, Orang Akan Ejek-Ejek Saya” – Putus Tunang Pengalaman Sedih Dalam Hidup Elfira Loy, Dapat Hikmah Selalu Habiskan Masa Di Masjid

Menerusi temu bual dengan podcast Wardah Heart to Heart bersama hos Dayah Bakar, Elfira Loy bercerita mengenai pengalaman putus tunang.

error: Content is protected !!