Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 11, 2023 @ 11:30am

Penampilan Seksi Dikritik Tak Sesuai Dengan Kriteria Calon Suami Berilmu Agama? Ini Respons Nadia Brian – “Itu Cerminan Untuk Diri Sendiri…”

Pelakon, Nadia Brian tidak mengambil hati terhadap kritikan segelintir pihak yang menganggap penampilan seksinya itu tidak sesuai dengan lelaki beragamawan.

Nadia berkata setiap individu mempunyai hak untuk memberi pandangan peribadi dan berharap mereka mendoakannya untuk berubah ke arah kebaikan.

Nadia juga sempat memohon maaf kepada semua pihak seandainya penampilannya dikatakan keterlaluan, namun aktres filem Ratu Kala Jengking ini berkata dia masih tahu tanggungjawabnya untuk menjaga batas.

“Saya rasa penampilan saya tidak terlalu keterlaluan, tetapi seandainya ada setengah pihak yang rasa keterlaluan, saya minta maaf.

“Saya masih menjaga batas, tidak ada kes apa-apa. Alhamdulillah, saya menjaga diri. Ibu saya, keluarga saya tahu saya sibuk bekerja.

“Kalau ada masa pergi healing, itu sajalah. Saya rasa isu seksi ni macam satu tarikan yang saya tak boleh nak halang orang daripada berkata-kata.

“Saya ada pergi kelas mengaji, tapi saya tak kongsi di media sosial. Saya menjadikan perkara itu sebagai cerminan untuk diri sendiri ke arah yang lebih baik,” katanya lagi.

Nadia Brian

Sementara itu, Nadia mengakui tidak kisah sekiranya ada segelintir pihak yang membuat content berdasarkan kenyataannya mengimpikan seorang suami mendalami ilmu agama.

Malah, baru-baru ini heboh di media sosial berhubung seorang individu mengirimkan doa menerusi panggilan video bersama Ustaz di Makkah, meluahkan hasrat untuk menikahi Nadia.

Nadia atau nama lengkapnya, Nadia Najwa Mohamed Rasidi menganggap perkara tersebut sebagai gurauan dan hanyalah sekadar content.

“Ketika itu saya ditanya mengenai kriteria bakal suami yang saya impikan dan sebagai manusia, semestinya saya mahukan seorang yang beragama.

“Ada individu tak dikenali membuat video menelefon Ustaz di Makkah berdasarkan kenyataan saya itu dan saya sebenarnya tak sangka juga sampai ke Makkah.

“Tapi tak ada apa-apa, saya rasa individu tersebut juga seorang content creator, jadi hanyalah content semata. Saya anggap hanya gurauan,” katanya.

Nadia brian

Dalam pada itu, Nadia juga menafikan ada mendekati orang agamawan, namun tidak menafikan ada segelintir individu mengirimkan mesej di Instagram untuk berkenalan dengannya.

“Saya tak mendekati mereka (orang agamawan), tetapi saya mendekati agama untuk diri saya sendiri.

“Ada yang hantar mesej dari followers, saya ok saja. Saya pun dengar content anak-anak muda ada yang baca Al-Quran.

“Didekati dengan orang agamawan pun tiada, yang ada tular tu content saja.

“Saya single dan available sekarang ini, sangat sibuk bekerja,” akhirnya.

Nadia berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media B.A.R.I.S.T.A. Misi Terpaling Sulit berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, semalam.

Artikel Berkaitan: Kembali Bergelar Isteri? Ini Respons Nadia Brian – “Tak Letak Kriteria Tinggi Tapi…”

Artikel Berkaitan: “Kain Terlondeh Tu Angkat Sikit” – Berbusana Putih Hitam Ke TADS, Dress Nadia Brian Dikritik

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 13 Aug 2022

[VIDEO] “Kak Iti Doakan…” – Hantaran Fara Fauzana Buat Anuar Zain Sweet Sungguh! Rakan Selebriti Doakan Berjodoh

Alolo sweetnya Fafau dengan Anuar Zain 🥰🥰 Siti Nurhaliza pun doa agar mereka berjodoh ☺️ Heheee ☺️

Hiburan Wed, 2 Oct 2019
Hiburan Wed, 7 Feb 2024
Hiburan Sat, 17 May 2025
Trending Tue, 6 Oct 2020
Featured Tue, 11 Feb 2025

Anak Bongsu Meninggal Dunia Dalam Tidur, Che Ta Mohon Beri Ruang Buat Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Che Ta memaklumkan, anak saudaranya iaitu Muhammad Aisy Al Raes Mohd Zaquan Adha meninggal dunia semasa tidur.

Events Thu, 13 Sep 2018

#daiTV3 : Da’i Amirul Terlepas Peluang, Da’i Raishah Tersingkir!

Saksikan separuh akhir #daiTV3 Pendakwah Nusantara hanya di TV3

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Khai Bahar Mengakui Tak Sanggup…

Biarpun kemunculannya dalam drama bersiri, Satukah Rasa bersama penyanyi Siti Nordiana mendapat pujian peminat, Khai Bahar, mengakui tidak sanggup melihat lakonannya sendiri. Katanya, bukan tidak percaya bakat dan kemampuan yang dimiliki, namun dia menganggap penampilan […]

error: Content is protected !!