Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi May 14, 2024 @ 4:11pm

Penampilan & Wajah Kena Kecam… Che Ta Simpati, Pertahankan Fathia Latiff – “Tak Baik, Janganlah Face Shaming”

Selebriti terkenal, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta membidas tindakan segelintir individu yang mengkritik wajah pelakon, Fathia Latiff.

Kata Che Ta, Fathia mempunyai wajah yang jelita serta berharap agar netizen berhenti melemparkan kata-kata hinaan pada aktres berkenaan.

“Dia ada mesej saya kata nak datang rumah beraya, alang-alang saya buat open house terus ajak dia. Dia datang pun sekejap saja.

“Tak baik netizen mengata dia. Jangan face shaming atau body shaming dia.

“Orang yang mengata Fathia tu saya teringin nak tengok muka dia cantik macam mana.

“Orang yang mengata tu dulu muda-muda cantik tak macam Fathia? Kadang-kadang yang mengata tu tak tengok cermin, muka kau pun macam siku.

“Jangan nak komen yang dasyat-dasyat kat IG, apa yang korang komen tu mencerminkan siapa diri anda,” katanya.

Sementara itu, Che Ta turut menceritakan mengenai hubungan baiknya bersama Fathia memandangkan mereka pernah bekerjasama dalam beberapa drama terdahulu.

Malah, isteri kepada selebriti Zain Saidin ini turut berkata dia turut bersimpati dengan nasib menimpa Fathia yang acap kali dikecam netizen dek kontroversinya sebelum ini.

“Siapa pun kawan saya, saya baik saja dengan semua walaupun mereka sedang berdepan dengan masalah.

“Saya sangat simpati dengan nasib dia, hanya dia yang tahu apa yang dia lalui. Kita semua tak tahu, mungkin dia sedang kecewa atau sebagainya.

“Hubungan saya dengan Fathia sangat baik. Dulu masa mula berlakon, saya berlakon dengan dia.

“Saya pernah bawa watak jadi bu kepada dia. Banyak kami bercakap dan berborak. Fathia seorang yang sangat manja, itu yang saya nampak ketika kami shooting sama-sama,” katanya.

@xtra_my

Awas ekk! Jangan ‘face shaming’ Fathia lagi #fyp #xtra #rozitachewan #faceshaming #fathialatif #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Terdahulu, foto Fathia bersama Che Ta yang dirakam ketika majlis rumah terbuka ibu anak tiga itu meraih perhatian warganet.

Berdasarkan foto terbabit, ramai yang mengecam penampilan Fathia sehingga ke tahap ‘face shaming’.

Artikel Berkaitan: “Kesihatan Mental Sangat Penting” – Fathia Latiff Jumpa Pakar Psikologi & Emosi

Artikel Berkaitan: Lepas Samakan Wajah Zahirah Macwilson Dengan Bibik, Fathia Latiff Cabar Failkan Saman Pula? Siap Banding ‘Layanan’ Masa Bercinta Dengan Aiman Hakim!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 2 Nov 2022
Hiburan Wed, 21 Aug 2024
Featured Mon, 4 May 2026

Isu Gadis Ditik*m 61 Kali, Liyana Jasmay Tegur Golongan Lelaki Tinggal Komen Kasar

Liyana Jasmay kesal dengan sikap segelintir lelaki yang meninggalkan komen kasar dan tidak sensitif berhubung kes tragis melibatkan kematian seorang gadis baru-baru ini.

Hiburan Sat, 17 Aug 2019

相隔10年李幸倪再推华语专辑!生日愿望:想拿金曲奖

相隔10年Gin李幸倪再推华语专辑《浮世绘》日前特返马出席宣传活动,并直呼今年的生日愿望是有机会夺得明年的《金曲奖》。

Hiburan Wed, 14 Mar 2018

Tak Suka Wanita Kahwin Suami Orang – Che Ta

Kita takut esok orang ambil laki kita , itu pasal kita benci orang yang rampas suami orang.

Hiburan Thu, 6 Feb 2025
Hiburan Mon, 13 Nov 2017

SEKARANG BARU HANDSOME KE? – SYAFIQ KYLE

Ini lah dia padah mewarnakan rambut dengan warna yang betul-betul sesuai dengan pelakon Mocha Kau Bahagia Itu.

Featured Sat, 7 Jul 2018

Anak Kylie Jenner Masih Belum Boleh Jalan, Tapi Dah Ada Koleksi Kasut Bernilai RM88,880!

Kita yang daripada golongan marhaen ini hanya boleh mimpi.

error: Content is protected !!