Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 September 12, 2019 @ 10:44am

Penangan ‘Azura’ Dalam Hidup Dato’ Jamal Abdillah

Siapa sangka, Azura, filem yang popular pada tahun 1984 yang melonjakkan nama Dato’ Jamal Abdillah dan Fauziah binti Dato’ Ahmad Daud ini masih menjadi salah satu filem evergreen yang memberi impak kepada kerjaya dan kehidupan Dato’ Jamal Abdillah sehingga kini. Lagu dari judul filem tersebut sering menjadi lagu permintaan ramai apabila beliau membuat persembahan konsert atau showcase. 

 

“Apabila orang nampak saya, mereka jerit nama Azura. Begitu juga kalau saya mengadakan persembahan, lagu Azura juga yang dipinta peminat, sedangkan saya mempunyai banyak lagi dendangan lain.

 

Dato’ Jamal Abdillah sebagai Zack dalam filem ‘Azura’ yang melonjakkan namanya sebagai pelakon

 

Jadi, tidak hairanlah kenapa Dato’ Jamal Abdillah dan isteri, memilih Azura Yamani sebagai nama cahaya mata ketiganya yang dijangka lahir pada 5 Oktober depan. 

 

“Boleh dikatakan, nama ini kuat ‘melekat’ di minda, membuatkan saya mengabadikannya untuk bayi perempuan kami nanti,” katanya kepada BH selepas pelancaran lagu duet bersama Wany Hasrita, Belenggu Rindu, hari ini. 

 

Dato’ Jamal Abdillah dan isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin.

 

Ini merupakan anak perempuan pertama bagi Dato’ Jamal Abdillah (60) atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah dengan isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin (25). Terdahulu beliau mempunya dua anak lelaki, iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13 tahun dari perkahwinannya sebelum ini. 

 

 

 
 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 28 Aug 2025

Sering Pertahan Fazura, DJ Sonic Tak Kisah Dilabel ‘Terpaling Kawan’

DJ Sonic menjelaskan, dia bukanlah mahu menumpang populariti rakan baiknya yang juga selebriti jelita, Nur Fazura

Hiburan Sat, 11 Jan 2020
Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Doakan Anak Ali Puteh…

Semoga dikurniakan kesihatan yang lebih baik, Ainul Mardhiah…

Hiburan Thu, 4 Oct 2018
Trending Fri, 4 Dec 2020
Hiburan Mon, 16 Dec 2019

Sertai Misi Kemanusiaan, Ardell Aryana Terbang Ke Syria

Semoga dipermudahkan urusan buat Ardell dan suami di sana nanti!

Hiburan Wed, 29 May 2019

Skuad Seratus Ikhlas Undur Diri

Skuad Seratus Ikhlas telah melabuhkan tirainya di majlis berbuka puasa yang berlangsung di tapak TV3 Grand Bazar Ramadan Raya semalam.

Featured Thu, 8 Sep 2022

Azhar Sulaiman Ulas Isu Puteri Balqis, Netizen Sindir Minta Tegur Anak Sendiri Dulu

Itulah kan kita tak ada dekat tempat orang tu so tak boleh nak ulas sesuka hati 😌

Hiburan Mon, 19 Dec 2022
error: Content is protected !!