Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 3, 2024 @ 8:05pm

“Pencalonan Kategori Pengarah Terbaik FFM 33 Jadi Pengiktirafan Kerja Keras Semua Pihak” – Sabri Yunus

Pengarah tersohor Sabri Yunus sekali lagi mencipta sejarah tersendiri dalam industri perfileman tanah air apabila tersenarai dalam Top 5 bagi kategori Pengarah Terbaik pada Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM 33).

Pencalonan ini diberikan atas sentuhannya yang unik dan cemerlang menerusi filem Duan Nago Bogho. Duan Nago Bogho adalah sebuah karya seni yang memperincikan budaya dan kehidupan masyarakat tempatan, sekaligus mempamerkan kepekaan Sabri dalam mengangkat naratif yang dekat dengan jiwa penonton.

Filem ini tidak hanya menghidupkan warisan budaya melalui visual dan jalan ceritanya, tetapi juga menyampaikan mesej yang relevan kepada masyarakat masa kini.

Pencalonan ini menegaskan lagi keupayaan Sabri sebagai pengarah yang mampu menyampaikan kisah-kisah bermakna dengan gaya penceritaan yang memikat.

Sebelum ini, Sabri telah dikenali melalui pelbagai projek kreatifnya yang sering mendapat pujian pengkritik dan kini beliau terus mengukir kejayaan dengan filem ini.

Menurut Sabri, pencalonan itu adalah pengiktirafan kepada kerja keras semua yang terbabit dalam menjayakan filem itu.

Sabri juga menganggap bahawa se;ap individu yang terbabit mempunyai peranannya yang tersendiri dalam memastikan kejayaan projek ini.

“Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada seluruh pasukan produksi yang sudah bekerja keras dan menunjukkan dedikasi yang luar biasa dalam menjayakan Duan Nago
Bogho.

“Filem ini bukan sahaja hasil kerja seorang individu, tetapi adalah hasil usaha bersama yang membabitkan kolaborasi, komitmen dan kreativiti dari semua anggota pasukan. Pencalonan ini adalah pengiktirafan kepada kerja keras semua yang terlibat dan ia mencerminkan nilai kerja berkumpulan yang telah kita banggakan,” katanya.

Sabri juga menekankan bahawa sokongan dan kerjasama daripada setiap ahli pasukan adalah kunci kepada kejayaan filem itu.

“Saya sebenarnya masih muda sebagai pengarah filem walaupun usia sudah melepasi takrifan muda. Saya sangat bersyukur kerana terpilih dalam barisan ke pentas akhir ini. Tentunya juga berterima kasih pasa barisan panel yang buat keputusan. Berada dalam senarai ini pun satu pencapaian tertinggi buat saya. Saya melihat pengarah pengarah muda hari ini sangat berkemampuan.

“Setiap pembikin filem muda yang mempunyai impian dan visi untuk berkarya perlu tahu bahawa perjalanan mereka bukanlah sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan. Menerusi sokongan dan motivasi yang tepat, saya percaya mereka mampu menghasilkan karya-karya cemerlang yang bukan sahaja dapat menarik perhatian penonton, tetapi juga meninggalkan impak yang mendalam dalam masyarakat.

“Saya ingin mereka tahu bahawa proses kreatif mungkin penuh dengan cabaran dan rintangan, namun setiap pengalaman itu adalah pelajaran berharga yang akan memantapkan kemahiran dan ketahanan mental mereka.

“Marilah kita bersama-sama mewujudkan ekosistem perfileman yang segar dan berinovasi, di mana bakat-bakat muda boleh muncul dengan lebih berani dan yakin. Melalui upaya kolektif ini, saya yakin kita akan dapat mencipta karya-karya yang menginspirasi, mencabar minda dan membawa mesej serta pesan yang bermakna kepada penonton, seterusnya membentuk masa depan industri perfileman yang lebih cerah dan dinamis,” katanya.

FFM 33 menjadi platform penting untuk merayakan pencapaian seni perfileman tempatan dan pencalonan Sabri dalam kategori Pengarah Terbaik ini meletakkannya dalam
kalangan individu yang sudah memberikan sumbangan besar kepada industri.

Menerusi Duan Nago Bogho, Sabri sekali lagi membuktikan bahawa filem Malaysia mampu berdiri di pentas tertinggi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 7 Aug 2018

Najib Ke SPRM Lagi?

Bagaimanapun, sumber itu tidak dapat mengesahkan sama ada SPRM memanggil Najib untuk siasatan berkaitan 1MDB.

Featured Thu, 29 Jan 2026

Insomniacks Cipta Sejarah, Pertama Kali Dinobat Artis Domestik Paling Tinggi Distrim 2025

Insomniacks kini memberi fokus sepenuhnya kepada perancangan serta projek baharu bagi tahun 2026

Hiburan Mon, 15 Jan 2018

RUNNING MAN’S PRODUCER REVEALS HIS TRUE FEELINGS ABOUT CAST MEMBERS

Running Man is the hottest Korean reality TV show. All the cast members are truly loved around the world too! But have you ever wondered what the producer really thinks of them?

Hiburan Mon, 1 Apr 2019

《光》唱丰收!横扫「马来西亚电影节」4奖

《光》唱丰收!横扫「马来西亚电影节」4奖项,为中文电影增光。

Hiburan Mon, 15 Oct 2018

Cantiknya! Misha Omar Kini Berhijab

Cantiknyaaaaa Kak Mitch!

Hiburan Thu, 29 May 2025
Hiburan Fri, 29 Nov 2019
error: Content is protected !!