Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Enal December 29, 2018 @ 8:44am

Pengantin Halau Tetamu Yang Bawa Kanak-Kanak Ke Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan merupakan sesuatu yang manis buat pasangan yang berkahwin jika semuanya berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang halangan yang berlaku.

Namun, jika ada perkara sebaliknya berlaku, pasti akan menjejaskan mood pengantin pada hari bahagianya itu.

Seperti yang diceritakan di laman sesawang Reddit, sepasang pengantin terpaksa meminta salah seorang tetamu jemputan mereka yang membawa anak untuk meninggalkan majlis tersebut kerana sebelumnya telah dipesan bahawa anak-anak kecil tidak dibenarkan untuk menghadiri majlis tersebut.

Pasangan suami isteri itu membawa 2 orang anak mereka; 1 bayi dan 1 anak kecil berumur dalam lingkungan 3 ke 4 tahun. Pengantin perempuan cuba meminta ibu bapa itu untuk tidak membawa masuk anak-anak mereka ke majlisnya namun tidak dipersetujui oleh mereka.

Disebabkan itu, pengantin perempuan telah meminta pasangan itu untuk pulang.

Pengantin perempuan menjelaskan mengapa dia melarang tetamu untuk membawa anak mereka adalah kerana dia tidak mahu terjadi sebarang kemalangan melibatkan kanak-kanak ketika majlis sedang berlangsung terutamanya apabila ibu bapa terlepas pandang dengan anak mereka.

Pada awalnya, pasangan suami isteri tersebut enggan meninggalkan majlis dan menjamin akan memastikan anak mereka sentiasa dibawah jagaan mereka sebelum pengantin mula naik berang dan meminta mereka segera meninggalkan majlis.

Artikel ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen di Reddit yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh pengantin itu dan mengatakan urusan berkaitan tetamu jemputan merupakan hak milik yang empunya majlis.

Sumber: Dailymail

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Tue, 17 Jan 2023
Featured Mon, 10 Oct 2022

Terpaling Juara: RM100,000 Milik Rahmad Mega! Ini Recap Konsert Terakhir

Selepas 8 minggu, Terpaling Juara akhirnya melabuhkan tirai! Tahniah kepada juara, Rahmad Mega

Featured Tue, 7 Oct 2025

Mimi Lana Kecam Tindakan Pihak Beri Sokongan Pada Isr**l -“Sanggup Korbankan Maruah Tanah Air Sendiri & Jadi Pengkhianat Bod*h”

Pelakon popular, Mimi Lana mengecam sekeras-kerasnya tindakan individu yang sanggup menjadi tali barut kepada pihak penceroboh.

Events Sun, 30 Mar 2025

“Masih Ada Yang Ingat Saya Beragama Islam” – Tony Eusoff

Tony Eusoff apabila pernah diminta untuk menunjukkan kad pengenalannya dek kerana makan pada waktu siang pada bulan Ramadan.

Trending Mon, 20 Aug 2018

6 Reasons Why You Won’t Get Rich By Reading About Personal Finance

The truth stings but at least you can learn from it.

Featured Tue, 9 Mar 2021
Hiburan Sun, 26 Jan 2025

Terima Mas Kahwin 300 Dollar Brunei, Anis Al Idrus Selamat Bernikah

Tahniah Anis Al Idrus, selamat pengantin baru!

Selebriti Wed, 12 Jul 2023
error: Content is protected !!