Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin December 1, 2020 @ 1:37pm

Pengasas Ilustrasi Artortoise, Ikhsanise Meninggal Dunia

Pastinya pemergian pengasas ilustrasi digital Artortoise, Mohamad Ikhsan bin Kamarudin pagi tadi mengejutkan ramai peminatnya.

Berita mengenai pemergian Allahyarham ini turut dikongsikan menerusi laman Facebook @Artortoise dan telahpun dikongsi sebanyak 2,900 kali sejak ianya dimuat naik.

” Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya² beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja”

Untuk makluman, jenazah akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pada pagi tadi.

Allahyarham Ikhsan sebelum ini dikenali kerana tampil dengan ilustrasi personaliti popular seperti, Sheila On 7, Ernie Zakri, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Zizan Razak termasuklah, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Terdahulu, Allahyarham pernah membuat kemas kini di laman Instagram memaklumkan beliau sedang menjalani rawatan radioterapi dengan meletakkan tanda pagar #cancerfighter.

Sumber : Facebook, Instagram

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 12 Jun 2022
Hiburan Wed, 8 Mar 2023
Hiburan Tue, 11 Apr 2023
Featured Tue, 31 Mar 2026

Puji Syed Saddiq Lelaki Budiman, Fazura Titip Doa Hubungan Kekal Ke Jannah – “Bahagia Kalian, Bahagia Kami”

Nur Fazura berkongsi momen manis ketika meraikan pertunangan pasangan popular iaitu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi Bella Astillah baru-baru ini.

Hiburan Sun, 4 Jun 2023
Featured Fri, 24 Apr 2026

“Kalau Ditakdirkan Saya Kahwin Lagi, Saya Takkan Jadi Diri Saya Yang Dulu – Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan pengalaman kehidupan berumah tangga sebelum ini dan kemungkinan jika dia berkahwin semula pada masa hadapan kelak.

Hiburan Mon, 21 Apr 2025

“Dia Bukan Mata Duitan” – Anggap Seperti Sahabat, Bonda Rozita Tampil Pertahankan Isteri Aliff Syukri

Bonda Rozita anggap Shahida seperti sahabat, banyak dengar kisah duka

Hiburan Sat, 15 Jun 2024
Hiburan Fri, 14 Jun 2024
Hiburan Fri, 12 Jan 2024
error: Content is protected !!