Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 18, 2023 @ 7:45pm

Penjelasan Mengenai Isu Palestin Dihentam, Netizen ‘Unfollow’ Syamimia! Dulu 1.1 Juta Followers, Kini Hilang Lebih 100,000 Kurang 24 Jam

Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila pempengaruh Syamimia atau lebih dikenali Mimi dikecam hebat apabila didakwa enggan berkongsi kesedaran mengenai isu Palestin di media sosial miliknya.

Sehubungan dengan itu, Syamimia tampil memberi penjelasan dengan menjawab kritikan-kritikan yang dilemparkan terhadapnya mengenai isu tersebut.

Namun, penjelasan Syamimia itu tidak diterima warganet apabila dikatakan terlalu melalut sehingga lari daripada isu asal.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Netizen Kerana Tak Kongsi Konflik Palestin, Influencer Syamimia Tampil Mohon Maaf – “Terlampau Banyak Kebencian Dilemparkan Pada Saya”

Dek kerana kenyataan yang dikatakan terlalu melalut itu, kini pengikut Syamimia di TikTok telah berkurangan. Hal ini kerana, ramai warganet yang mengambil tindakan untuk tidak lagi mengikuti Syamimia.

Menerusi perkongsian seorang netizen di platform X (Twitter), dia menunjukkan tangkap layar akaun TikTok Syamimia yang mempunyai 1 Juta pengikut.

Sebelum ini, Syamimia mempunyai 1.1 juta pengikut dan kini berkurang menjadi 985,000 pengikut.

“Teruk damage Syamimia buat kalini hilang 100,000 pengikut.

“Jangan main-main ya fasal Palestin orang Malaysia ni bagai cubit peha kiri peha kanan terasa.

“Saudara se-Islam dan seperti adik-beradik dah dengan Palestin. Any stupid statements against Palestine they will fight,” tulisnya.

Dakwa netizen lagi, pengikut Syamimia di Instagram juga turut berkurangan.

Terdahulu, Syamimia turut membuat permohonan maaf kepada semua dek kerana kenyataannya itu, malah berkata, dia menerima pelbagai hinaan yang terlampau terhadapnya.

Terdahulu, Syamimia tular apabila sering mempamerkan video-video kehidupan hariannya di rumah perumahan kos rendah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Thu, 11 Oct 2018

Permainan Mudah Alih Nightstream Untuk Si Gamers

Dengan adanya Streamline Games yang menumpukan perkembangan permainan, kami boleh menggunakan kepakaran kami sebagai syarikat media bersepadu terbesar di Malaysia untuk mempromosikan Nightstream ke pasaran massa dan meniru semula kejayaan-kejayaan terdahulu seperti Ejen Ali dan Mak Cun’s Adventure.

Hiburan Mon, 26 Jun 2023
Trending Fri, 28 May 2021

Jom Beraya Dengan Salman Khan! Saksikan Radhe di tonton CINEMA

Jangan bersedih sebab tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidilfitri kali ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau bosan duduk di rumah. Superstar Bollywood, Salman Khan mahu mengajak semua peminatnya untuk beraya bersama di tonton […]

Hiburan Sun, 1 Jul 2018

Betulkah Ardell Aryana Sakit Kanser?

Adakah benar Ardell kini sedang menghidap kanser? Baca berita penuh hanya di Xtra.com.my!

Trending Tue, 28 Jan 2020

‘Virus Nipah’, Ramai Tak Tahu Malaysia Pernah Diserang Virus Paling Berbahaya 22 Tahun Lalu

Virus Nipah pernah meragut nyawa, virus ini rupanya berpunca dari..

Events Thu, 24 May 2018

Ini Baru Betul-Betul ‘From Rural To Global’, Mak Cun’s Adventure Perkenal Permainan Digital!

Daripada latar kampung yang membangkitkan ‘mood’ drama Mak Cun itu sendiri sehinggalah kepada menu kegemaran rakyat. Pendek kata, permainan mudah alih ini mengangkat budaya Malaysia ke peringkat global bersesuaian dengan tagline drama Mak Cun, “ From Rural To Global”.

error: Content is protected !!