Euforia Bola 2026
Acara By: Padin October 22, 2023 @ 9:13am

Penuhi Keperluan Teknologi Semasa, KPJU Bakal Tawar Program Berkaitan AI

KPJ Healthcare University (KPJU) bakal menawarkan program akademik dan kursus mata pelajaran berkaitan “artificial intelligent” (AI) bermula tahun hadapan.

Menurut Canselor KPJU, Prof Emeritus Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, ia untuk memastikan graduan bersedia memenuhi keperluan kemahiran dalam bidang teknologi kesihatan terkini.

“Ia bakal melengkqpkan keperluan dalam bidang teknologi kesihatan terkini seperti ‘robotic surgery’ dan elemen ‘AI’ dalam modality diagnostic sebagai contoh program Postgradute Diploma in Artificial Intelligence for Healthcare Professional.

“Bidang kesihatan pada hari ini tidak terhad kepada merawat pesakit atau penjagaan klinikal sahaja, namun melibatkan bidang yang luas seperti informatik kesihatan, teknologi digital, pengurusan kesihatan dan fasiliti kesihatan,” katanya.

Dr. Sharifah Hapsah ditemui di Majlis Istiadat Konvokesyen ke-25 KPJU itu diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTC), baru-baru ini.

Dalam pada itu, KPJU sentiasa berusaha memastikan peningkatan reputasinya sebagai antara institusi pengajian tinggi terbaik dalam sains kesihatan di peringkat global.

Kata Dr. Sharifah Hapsah, ini terbukti apabila graduan KPJU mendapat pekerjaan dan diiktiraf di beberapa negara seperti Thailand, Brunei, Indonesia, Arab Saudi dan terbaru di Singapura.

Berdasarkan analisis data alumni 2022, KPJU juga mencapai peratusan 92 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduan.

Konvokesyen ini menandakan perjalanan luar biasa KPJU sebagai institusi swasta pertama yang menawarkan diploma kejururawatan sejak  1991 dan sejak Jun lalu dinaik taraf berstatus universiti.

“Kejayaan graduan KPJU disokong pakar perubatan dan penjagaan kesihatan Kumpulan KPJ Healthcare serta 29 hospital di seluruh negara yang menawarkan latihan praktikal kepada pelajar dan pendedahan kepada persekitaran klinikal sebenar. 

“Graduan KPJU mendapat keistimewaan untuk akses kepada rangkaian hospital Pakar KPJ yang berfungsi sebagai pusat latihan selain disokong 1,500 Perunding Perubatan, Jururawat Kanan, Pakar Kesihatan Bersekutu dan Pengajar Klinikal terlatih,” katanya.

Sementara itu, Dr. Tan Wei How, 30, dan Nurul Ilham Abd Talib, 24, tersenarai sebagai antara pelajar Sarjana dan Sarjana Muda terbaik.

Empat tahun mengorbankan keselesaan diri dan masa bersama keluarga, Dr Tan berjaya menamatkan program Sarjana Ortopedik sekali gus bergelar doktor pakar.

Katanya, impian bergelar pakar menguatkan semangat untuknya melepaskan jawatan di sebuah hospital kerajaan sebelum meneruskan khidmat di KPJ Seremban.

Demi mengejar impian, Dr. Tan menyambung pengajian dalam program Sarjana Ortopedik di KPJ selama empat tahun.

Menurutnya, walaupun terpaksa membahagikan masa antara belajar dan bekerja, namun dengan sokongan keluarga dan majikan dia berjaya bergelar Pakar Ortopedik pertama di KPJU.

Bagi Nurul Ilham pula, penat lelahnya selama tiga tahun berbaloi apabia menerima dua anugerah tertinggi KPJU dalam bidang psikologi iaitu Johor Corporation President dan Chief Executive Award.

Anak kedua yang juga ahli majlis perwakilan pelajar (MPP) mengaku cabaran dihadapi sepanjang pengajian adalah menyeimbangkan masa antara belajar dan aktiviti kepimpinan.

“Saya memang menyukai bidang psikologi yang menyuntik semangat untuk mendorong saya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Saya bersyukur dan bangga dipilih untuk menerima anugerah utama yang juga berkat tunjuk ajar pensyarah, sokongan rakan serta keluarga,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Sun, 27 Mar 2022

“Program Team Pacu Perubahan Kehidupan Golongan Belia Bersasar” – Raja Muda Selangor

Program Team yang merupakan sebuah program pembangunan belia selama sembilan minggu.

Acara Sun, 26 Aug 2018

Are You Guys Ready? Jom Kasi Panas Konsert GegaRia #KitaPunya Pada 1 Sept Bersama 6 Artis Ohsem Ini!

Konsert #GegaRia Putrajaya membariskan nama-nama besar iaitu Bunkface dan Kugiran Masdo termasuk barisan penyanyi solo, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy dan Faizal Tahir.

Acara Wed, 17 Jan 2018

Asia Islamic Fashion Week 2018 Kuala Lumpur

Date: 29 March – 1 April 2018 Venue: MiTEC, KUALA LUMPUR Inspired by the vibrancy of the Muslim fashion scene and in an effort to further expand the industry, AIFW Event is pleased to bring […]

Acara Tue, 4 Feb 2020

Koleksi LILITXWOOFIZIWOO laris kurang 24 jam sebaik dilancarkan!

Semua pun cantik-cantik dan berpatutan pula tu

Acara Sun, 12 Feb 2023
#tilljannah Wed, 16 Nov 2022

Dai Syed Selamat Bertunang Dengan Hana Ismail

Dai Syed & Hana Ismail bertunang

Acara Mon, 9 Jul 2018

Di Sebalik Kemeriahan Majlis Rumah Terbuka Raya Anjuran Media Prima Berhad

Memang meriah majlis rumah terbuka Media Prima Berhad pada Jumaat lalu.

Acara Sun, 3 May 2020
Acara Fri, 8 Apr 2022

“Saya Tak Nak Terima Sebab Bayaran Sahaja… Soal Duit Dah Jatuh No 10” – Rita Sosilawati

Sempena kedatangan Ramadan, rezeki usahawan kosmetik ternama, Datin Rita Sosilawati untuk dilantik sebagai duta datang tanpa diduga. Kini dilantik menjadi jurucakap produk barangan elektrik, ESH Electrical Sdn. Bhd. untuk kempen Ramadan dan Syawal ini, Rita […]

error: Content is protected !!