Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 21, 2021 @ 12:03am

Penyanyi Baharu Syabil Dapat Inspirasi Menerusi Lagu Justin Bieber

Muncul dengan single berjudul L.O.V.E, penyanyi baharu, Syabil menjelaskan idea lagu terbabit terinspirasi daripada lagu penyanyi antarabangsa terkenal, Justin Bieber.

Bagi pemilik nama Syabil Zulkufli ini, lagu cinta yang sering ditampilkan Bieber cukup jujur dan dia mahu pendekatan sama.

“Sebenarnya lagu ini saya ilhamkan daripada lagu Let Me Love You nyanyian Justin Bieber yang bagi saya sangat realistik. Pendekatannya dalam lagu terbabit sesuai dengan apa yang saya mahukan dalam lagu L.O.V.E juga.

“Demikian juga dengan melodinya yang bagi saya cukup bertepatan dengan mood lagu serta cerita pada setiap bait-bait liriknya. Terus-terang, saya memang sangat berpuas hati dengan hasil akhir lagu ini,” katanya.

Meskipun kedengaran ringkas, bukan bermakna Syabil tidak melakukan rakamannya dengan bersungguh.

Hakikatnya, dia mengakui banyak sebenarnya cabaran untuk memastikan hasil akhir L.O.V.E cukup menepati jangkaannya.

“Keseluruhan pembikinannya cukup menyeronokkan namun tidak ketinggalan ada juga cabaran sukar yang saya alami. Ada beberapa bahagian yang saya perlu berikan usaha keras untuk memastikan ia menjadi.

“Bahagian itu adalah pada rangka kedua yang mulanya menggunakan lirik dan melodi lain. Bagaimanapun, berlaku perubahan saat akhir untuk bahagian tertentu itu sewaktu baru memulakan rakaman,” katanya.

L.O.V.E boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 8 May 2024

Yusof Haslam Enggan Komen Dakwaan Ira Kazar Sudah Bersalin – “Please! Saya Tak Mahu Komen.. Itu Diluar Bidang Saya”

Alahai, sebak pula tengok. Apapun moga yang baik-baik sahaja buat keluarga Datuk😥

Featured Fri, 15 Apr 2022
Hiburan Wed, 20 Nov 2024

“Belajar Terima Teguran” – Fatin Afeefa Malu Dengar Kenyataan Aktor Baharu Terkilan Dibuli Pelakon Senior 

Fatin Afeefa bersuara isu pelakon baharu didakwa dibuli dengan pelakon senior

Trending Wed, 26 Aug 2020
Hiburan Fri, 6 Apr 2018

Kantoi! Universiti Malaya Nafi Boy Iman Calon PHD

Ini kerana dalam carian sistem kami, tiada calon di bawah nama itu bagi jurusan Doktor Falsafah Pentadbiran Perniagaan di universiti kami!

Featured Tue, 7 Feb 2023
error: Content is protected !!