Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 9, 2023 @ 12:45pm

Penyanyi Popular Tak Bayar Sewa Rumah & Bil Elektrik, Tuan Rumah Buat Laporan Polis

Satu laporan polis telah dibuat seorang wanita terhadap penyanyi lelaki popular era 90-an yang didakwa gagal menjelaskan tunggakan sewa rumah mencecah RM3,000 sejak Jun lalu.

Menurut laporan Harian Metro, penyanyi itu juga didakwa mempunyai tunggakan bil elektrik mencecah RM6,770.

Difahamkan, wanita tersebut sudah berjumpa dan berkomunikasi melalui telefon bagi membincangkan perkara itu dan meminta penyanyi itu keluar dari rumah itu.

Malah, notis mengosongkan rumah turut diberikan dan diterima oleh isteri penyanyi terbabit, namun tidak diendahkan dan kekal duduk di rumah itu.

Lebih parah, penyanyi itu juga didakwa sering membuat bising dan merosakkan harta jiran. Malah, dikatakan turut memelihara banyak kucing yang mengakibatkan bau busuk, membuang sampah merata-rata sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati jiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Ada laporan diterima berkaitan perkara ini. Pengadu buat laporan kerana takut terjadi apa-apa.

“Pengadu cuba selesaikan perkara ini secara baik dengan penyewa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Sep 2024

Siri Tonton Original ‘Seofis’ Bawa Tuah, Siti Saleha Raih Trofi Anugerah Antarabangsa Di Seoul!

Siti Saleha ungguli kategori Outstanding Asian Star Di Seoul International Drama Awards 2024 (SDA)

Hiburan Sat, 12 Jul 2025
Trending Mon, 18 Jan 2021
Trending Sat, 24 Aug 2019

Tak Sampai 5 Minit Berkahwin, Pengantin Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri

Baru 5 minit terlibat dengan tragedi yang menyedihkan

Trending Thu, 5 May 2022
Hiburan Wed, 19 Nov 2025

Danish Hakim Tegur Netizen Dakwa Abby Abadi Tak Restu Hubungan Dengan Kekasih Singapura – “Jangan Campur Urusan Saya”

Anak pelakon terkenal, Norman Hakim, Mohamed Danish Hakim, 22, menegaskan pandangan orang luar tentang hubungannya dengan teman wanita dari Singapura langsung tidak penting. Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Danish berkongsi sebuah video memaparkan momennya bersama […]

Trending Fri, 19 Jun 2020
error: Content is protected !!