Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin May 1, 2018 @ 11:00am

Perhatian Kepada Wanita Bekerjaya! Ini 5 Tanda Yang Akan Anda Alami Jika Terlalu Penat Bekerja

Wanita bekerjaya sebenarnya mempunyai cabaran yang tersendiri lebih-lebih lagi mereka juga memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Yela, tidak habis penat di tempat kerja, dekat rumah kita perlu mengemas, memasak dan sebagainya. Pasti meletihkan!

Tapi, anda perlu berhati-hati ya, bila rasa penat menguasai diri ia akan memudaratkan anda. Penulis senaraikan 5 tanda-tanda yang akan anda alami apabila diri anda mengalami tahap kepenatan yang melampau.

1. Mudah lupa

Kalau anda perasan, pasti akan ada sahaja perkara yang anda lupa. Biasanya wanita mempunyai daya ingatan yang kuat jadi bila sudah lupa mana letak kunci kereta, dompet atau cermin mata yang biasa dipakai, maka sebaiknya anda bawa berehat!

2. Tidur tidak lena

Foto: Toronto Naturopathic Doctor

Bagi wanita yang mempunyai anak kecil pasti akan bangun malam untuk membuat susu. Sudahlah bangun buat susu ditambah pula dengan tidur yang tidak lena. Pasti tubuh badan anda akan merasa tersangat letih untuk melalui hari-hari yang berikutnya. Mungkin dekat pejabat, anda akan mudah tertidur.

3. Mudah marah

Foto: Parenting Tips

Apabila anda terlalu penat, perasaan mudah marah akan mempengaruhi anda. Biasanya, anda akan senang melayan karenah anak tapi bila anda penat, pasti anda akan memarahi anak sekiranya dia melakukan perkara yang salah. Padahal mereka masih kecil dan tidak tahu akan sesuatu perkara yang betul dan salah.

4. Wajah menjadi kusam

Foto: Beautifulskin

Kalau dah terlalu sibuk membuat kerja rumah, kita akan terlupa untuk mencantikkan diri. Betul tak? Biasanya, bila dah siap melakukan kerja rumah, anda akan sibuk pula melayan anak. Tidak ada masa untuk mengenakan krim muka apatah lagi masker atau solekan. Inilah yang menyebabkan wajah menjadi kusam.

5. Hilang keseimbangan

Foto: Boldsky.com

Sekiranya anda terasa pening yang berpanjangan sehingga boleh menyebabkan anda terjatuh, itu tandanya anda terlalu penat! Kemungkinan ada otot-otot di tubuh anda yang keletihan sehingga menyebabkan anda hilang keseimbangan.

Penulis nasihatkan, kalau anda sedang mengalami tanda-tanda yang penulis senaraikan itu, anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya. Mungkin anda boleh memohon cuti untuk pergi berehat dan holiday bagi tenangkan fikiran. Jangan ambil mudah ya!

Apapun, Selamat Hari Pekerja untuk seluruh wanita di luar sana!

Sumber: Utaranews

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Fri, 9 Feb 2018

Dah Pukul 3 Pagi Tapi Tak Boleh Tidur? Ini 5 Cara Efektif Untuk Cepat Lena

Memang tension kalau kita kepenatan setelah bekerja seharian tapi apabila kita rebah ke katil, tak boleh pulak mata nak pejam.

familuv Tue, 16 Dec 2025

Terkenal Sebagai Pempengaruh Topik Kekeluargaan, Bonda Umirah Angkat Peranan Surat Dalam Memperkukuh Institusi Perkahwinan

Selepas kejayaan buku Ibu Penat Tapi Ibu Sayang yang terjual lebih 20,000 naskhah, pempengaruh Bonda Umirah melancarkan karya terbaharu, Seratus Surat Cinta Buat Isteri.

Featured Sat, 3 Nov 2018

Kafe Starbucks Pertama Berkonsepkan Kontena Ini Memang Cool Habis!

Hualien Bay Mall Starbucks ini mengenengahkan 29 kontena.

Gaya Hidup Mon, 16 Dec 2019
Featured Fri, 6 Jan 2023

Athisha Khan Berpurdah, Noor Kartini Terkejut Ingatkan Neelofa.. Netizen Komen: “Takkan Tak Kenal Anak Sendiri?”

Tular sebuah video memaparkan Datin Noor Kartini, ibu kepada pengacara terkenal, Neelofa yang terkeliru apabila salah seorang anaknya, Athisha Khan tampil mengenakan purdah. @cikketayapmadu Hahahaha comey Mak Neelofa ni berlakon 😂❤️ Athisha lawa pakai jilbab […]

Gaya Hidup Sun, 22 Apr 2018

Rimas Rambut Berminyak Dan Berbau? Cuba 3 Tip Ini!

Cuci rambut banyak kali pun rambut tetap berminyak. Anda boleh cuba 3 tip ini.

Gaya Hidup Sun, 8 Jul 2018

6 Selebriti Jelita Menjadi Pemangkin Karier Bintang Bola Sepak Ternama

Berstatus teman wanita juga isteri kepada bintang bola sepak ternama, wanita-wanita ini dilihat sebagai pembakar semangat kepada pasangan masing-masing.

Gaya Hidup Fri, 6 Apr 2018

5 Cara Atasi Bau Mulut Hanya Menggunakan Baking Soda

Masalah bau mulut biasanya akan mengganggu proses kehidupan seharian kita.

Gaya Hidup Sat, 24 Nov 2018
error: Content is protected !!