Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Ad Ops November 12, 2019 @ 4:48pm

Perlukah cuci tuala wanita sebelum buang? Ini pendapat mufti KL

Pernahkah anda mendengar ura-ura ini? Kononnya jika anda tidak membasuh dahulu tuala wanita terpakai sebelum membuangnya, dipercayai jin akan datang dan memakan darah haid yang ada padanya. Menakutkan! 

Ternyata pasti ada golongan wanita yang percaya dan betul-betul membersihkan tuala wanita terpakai mereka sebelum membuangnya. Pada masa yang sama, ada juga wanita yang terus membuangnya tanpa berfikir panjang.

Persoalannya, adakah kebenaran di sebalik ura-ura ini dari segi kuasa ghaib? Betulkah jin akan muncul? Atau adakah ia hanya taktik untuk memastikan tuala terpakai itu tidak busuk?

Dan yang paling penting, wujudkah mana-mana hadis yang menyentuh hal ini dalam Islam?

Ini kata Mufti…

Menurut kenyataan pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, tiada sebarang hadis yang menyuruh kita membasuh dahulu tuala wanita yang dikotori sebelum membuangnya.

“Bahkan tidak ada riwayat daripada para sahabat wanita Nabi Muhammad SAW yang menyatakan bahawa mereka berbuat demikian. Juga tidak terdapat arahan dari Rasulullah SAW agar membasuhnya.”

Cuma Baginda mengarahkan supaya pakaian yang dikotori dengan darah haid dicuci, menurut hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ Binti Abu Bakar:

“Aku bertanya kepada Nabi SAW tentang darah haid yang terkena pada pakaian. Nabi SAW bersabda: Basuhlah ia dan gosoklah ia dengan air serta siramlah ia (setelah digosok). Kemudian solatlah dengan pakaian tersebut.”

– Riwayat al-Tirmizi (138) & Abu Daud ( 362)

Pakaian yang dikotori haid perlu dibersihkan. Sumber: Refinery29

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW juga tidak pernah mengarahkan supaya tuala wanita dibasuh dahulu sebelum dibuang.

Seorang lelaki bertanya kepadanya: “Adakah boleh kami mengambil wudhu dari perigi yang dibuang ke dalamnya kain-kain yang terkandung darah haid, nanah dan daging anjing?”

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu.”

– Riwayat al-Tirmizi (66) & Ahmad (11257) di dalam Musnadnya

Zahir hadis di atas menunjukkan bahawa pada zaman Nabi SAW, tuala wanita dibuang tanpa dibasuh dahulu. Jika ya, tidak mungkin akan ada orang yang bertanya mengenai kesucian air perigi berkenaan. Betul juga!

Buat pilihan sendiri sama ada mencucinya terlebih dahulu atau tidak sebelum dibuang . Sumber: Women’s Health

Kesimpulannya…

Berdasarkan hujah di atas, pihak pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hanya mengesahkan bahawa tiada sebarang hadis yang mengatakan golongan wanita perlu membasuh tuala wanita mereka.

Sehubungan itu, memang tidak benarlah tanggapan yang mana ia akan menjadi makanan jin. Jadi golongan wanita bolehlah memilih sama ada mahu membasuhnya atau tidak sebelum dibuang. Mereka hanya perlu pentingkan kebersihan seperti yang disarankan dalam Islam.

Pihak pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak menafikan bahawa syaitan memang tertarik kepada benda-benda yang kotor seperti najis. Ini adalah berdasarkan hadis daripada Anas bin Malik yang mengandungi doa Rasulullah ketika memasuki tandas.

“Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada al-Khubuth dan al-Khabaith.”

– Riwayat al-Bukhari (6322)

Menurut al-Khattabi, ‘al-Khubuth’ ialah kata jamak bagi al-Khabith (syaitan jantan). ‘Al-Khabaith’ pula ialah kata jamak bagi al-Khabithah (syaitan betina).

– Rujuk Ma’alim al-Sunan (1/10)

Panduan untuk wanita

Dan dalam hal ini juga, pihak pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ada kongsikan panduan mengenai penjagaan kebersihan wanita:

  • Buang tuala wanita terpakai di tempat yang khas. Jika boleh, asingkannya daripada tempat pembuangan sampah biasa, seperti di hospital.
  • Jangan buang tuala wanita di tempat yang tidak sepatutnya, kerana ia boleh menimbulkan suasana yang tidak menyelesakan. 

Semoga bermanfaat!

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Gaya Hidup Tue, 6 Mar 2018

Bukan Seperti Typical Kafe Yang Lain, Kafe Lads & Lassies Beri Anda Sejuta Kelainan!

Melangkah masuk ke Lads & Lassies, sepertinya berada dalam kebanyakan kafe di Eropah. Suasana ‘laid back’, berlatarkan seleksi irama popular  lagu-lagu Barat era 90-an, terasa tenang.

Kafe dua tingkat terdapat salon rambut di aras atas itu, turut terdapat sudut bacaan.  Naskah seperti novel dan biografi membabitkan tokoh-tokoh dunia selain tulisan mengenai penyiasatan dan perundangan, memenuhi rak-rak buku.

Featured Wed, 2 May 2018
Featured Tue, 17 Jul 2018
Gaya Hidup Thu, 4 Oct 2018

Tip Pemanduan Ketika Musim Hujan Yang Perlu Anda Praktikkan

Paling banyak kematian berpunca daripada kemalangan jalan raya.

Gaya Hidup Thu, 29 Nov 2018
Featured Wed, 17 Jan 2018

7 Bahana Kanta Lekap

Jika dulu kanta lekap digunakan sebagai alternatif untuk menggantikan penggunaan cermin mata bagi mereka yang mengalami masalah rabun, namun seiring dengan arus kemodenan, penggunaan kanta lekap kini menjadi trend popular untuk wanita bagi tujuan fesyen […]

Featured Tue, 5 Apr 2022
Gaya Hidup Mon, 26 Nov 2018
Gaya Hidup Wed, 5 Sep 2018
Featured Fri, 3 Feb 2023
error: Content is protected !!