Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Putri June 28, 2018 @ 2:49pm

Permainan The Walking Dead: Our World Akan Akhiri Penantian Peminat

Penantian setahun peminat The Walking Dead akan berakhir pada 12 Julai ini kerana aplikasi permainan telefon pintar The Walking Dead: Our World akhirnya akan dikeluarkan. AMC dan Next Game telah bergabung untuk menghasilkan permainan gaya Pokemon Go ini. Aplikasi permainan ini boleh dimuat turun oleh pengguna iOS dan juga Android secara percuma.

Permainan telefon pintar berkonsepkan augmented reality (AR) ini memerlukan pemain untuk berjalan dikawasan sekitar anda dan berlawan dengan zombies disamping watak utama Walking Dead seperti Daryl, Rick dan Michonne. Pemain juga perlu menyelamat survivors untuk ditambah ke dalam koleksi permainan, menjalankan misi dan bekerjasama bersama pemain lain untuk cabaran mingguan.

Pada awal tahun ini, pemaju permainan iaitu Next Game turut mengumumkan bahawa The Walking Dead: Our World akan menggunakan Google Maps untuk beroperasi. Dengan itu, aplikasi permainan ini mempunyai data lokasi yang terkini dan mampu memberikan permainan meliputi mercu tanda ataupun bangunan terkenal didunia yang tepat pada lokasi pemain.

Sebenarnya saya membayangkan aplikasi permainan ini berasaskan third person shooter (TPS) seperti PUBG Mobile dimana pemain dapat merasai keghairahan membunuh zombies, mengutip senjata dan misi ke safe zone. Melalui video acah yang dipamerkan, saya secara jujurnya agak kecewa kerana ianya berlandaskan konsep AR seperti Pokemon Go. Apakah pandangan anda dengan aplikasi permainan ini? Kongsikan bersama saya diruangan komen di bawah.

Sumber

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Tue, 10 Apr 2018

Instagram Memasukkan Efek Bokeh Di Dalam Fungsi Kamera

Fungsi yang diberi nama Focus itu membolehkan pengguna untuk memfokuskan subjek di dalam gambar atau video seterusnya mengkaburkan latar belakang subjek. Fungsi ini dihadirkan untuk kamera hadapan dan juga belakang dan juga boleh dikirim melalui Instagram Direct atau Story.  Malangnya, […]

Events Fri, 1 Jun 2018

MOBE Wujud Platform Promosikan Produk Dan Perkhidmatan

MOBE juga membawa platform dalam talian ke tapak di mana pemilik perniagaan atau usahawan dapat mempamerkan dan menjual produk mereka di luar talian selain, dapat menggalakkan  individu-individu lain yang ingin menubuhkan perniagaan dengan cara yang betul

TECH Tue, 10 Jul 2018

Grab Super App- Himpunkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi Utama

Bukan sekadar aplikasi perkhidmatan perkongsian kenderaan, Grab mahukan fungsi yang lebih banyak lagi untuk aplikasi utama mereka. Itulah misi baru yang bakal dilaksanakan oleh Grab dalam memenuhi keperluan serta kehendak jutaan pengguna. Bagi merealisasikan perancangan […]

TECH Tue, 27 Aug 2019

Menulis Mesej Tanpa Perlu Menaip Dengan WhatsApp

kita hanya perlu bersuara dan suara kita akan ditukarkan kepada tulisan, bestnya!

TECH Mon, 21 May 2018

Mahu Terus Fokus Pada YouTube, Aplikasi Vevo Bakal Ditutup

YouTube adalah teras utama perkhidmatan sindikasi muzik iaitu aplikasi Vevo. Terbaharu, syarikat itu mengumumkan perancangan untuk lebih memfokuskan kepada laman perkongsian video itu berbanding aplikasinya.

TECH Mon, 1 Jul 2019

Modem LTE Untuk Simkad Unifi

Kepada anda yang bercadang untuk membeli modem bagi kegunaan simkad, berikut kami kongsikan 3 modem yang terdapat dipasaran yang menyokong fungsi band 5.

Automobile Fri, 25 Jan 2019
TECH Sun, 8 Dec 2019

10 Tips iOS 13 Yang Perlu Anda Tahu

Seperti yang anda tahu, Apple memperkenalkan iOS 13 di WWDC 2019 dan terdapat banyak ciri baharu yang telah diperkenalkan. Di bawah ini kami senaraikan beberapa tips dan ciri baharu yang mungkin anda belum tahu mengenai […]

TECH Wed, 18 Jul 2018

Korea Selatan Bakal Muncul Sebagai Negara Pertama Dengan Sambungan 5G

Sambungan 5G semakin hampir menemui pengguna telefon pintar apabila terdapat beberapa penyedia perkhidmatan telekomunikasi sedang dalam proses menghasilkan perkhidmatan tersebut. Ia melibatkan kerjasama pelbagai pihak antaranya syarikat pengeluar peranti, pembangun sistem cip serta penyedia perkhidmatan talian mudah […]

TECH Wed, 29 May 2019

研究称压力可能导致用户出现「Facebook成瘾」

一项新的研究警告说,这种现实可能会使一些用户面临发展「Facebook成瘾」的风险,如果它成为人们日常生活中线下支持的替代品。

error: Content is protected !!