Euforia Bola 2026
Filem By: Padin September 14, 2023 @ 10:45am

Perspektif Pengarah: Ariff Zulkarnain dan Haris M. Nor Berkongsi Kisah Di Sebalik ‘Doh’

Filem Tonton Original terbaharu menyoroti watak Faiz (Syafiq Kyle) yang terpaksa mengambil alih aktiviti pengurusan perniagaan setelah pemergian bapanya.

Farhan Bakery adalah perniagaan yang menjual roti dan kuih-muih di bandar lama Ipoh. Kedai tersebut telah bertapak selama hampir satu abad.

Komitmen yang tidak diingini ini telah menimbulkan rasa beban buat Faiz merasa. Kemunculan pesaing moden baharu menggusarkan lagi keadaan. Kedai ‘Akhirnya Kini Pastry’ yang diasaskan oleh Yap menjadi tarikan baharu di bandar itu. Ramai pelanggan Farhan Bakery mula berubah arus dan berhenti membeli roti di kedai Faiz. Walaupun perniagaan bakeri ini bukanlah minat utamanya, Faiz masih bersemangat untuk memastikan ia kekal bertahan bersama adik-beradiknya, Farah (Aida Amron) dan Fathul (Fariz Isqandar).

Filem ‘Doh’ ini telah mendapat sentuhan arahan dua pengarah tanah air yang berbakat iaitu Ariff Zulkarnain dan Haris M. Nor. Mereka telah berkongsi lebih lanjut tentang filem yang membawa tema yang begitu bermakna ini.

Ariff Zulkarnain telah memulakan kerjayanya dalam industri seni dengan menjalankan tugas seperti kru teknikal dan kru pengurusan.

“Seterusnya, saya menjadi seorang penolong pengarah selama lapan tahun, di mana saya mendapat peluang bekerja dengan ramai pengarah yang disegani di Malaysia,” katanya. Tambahnya lagi, “Pada tahun 2018, saya mula mengarah pertama kali untuk media arus perdana, dan masih lagi mengarah sehinggalah ke harini. Alhamdulillah.”

Bagi Haris M. Nor pula, dia mempunyai pengalaman yang luas dengan penulisan skrip bagi beberapa filem dan drama.

Tidak hanya itu, dia turut terlibat dengan beberapa rancangan sketsa komedi. “Dalam masa yang sama, saya juga cuba untuk menceburi bidang pengarahan dengan mengarah beberapa telefilem,” ujar Haris.

Berkongsi kisah di sebalik ‘Doh’, Ariff menyatakan bahawa dia mengambil inspirasi dari “sebuah kedai bakeri di Ipoh yang telah beroperasi dari tahun 1903 – 120 tahun lamanya. Dari situ, idea untuk membuat sebuah kisah ‘family drama’ yang mengangkat tema kekeluargaan dan komuniti terhasil.

Haris juga senada dengan Ariff. Dia memaklumkan bahawa idea filem ‘Doh’ tercetus apabila mereka ingin menerokai konsep pulang ke kampung halaman, ke suatu tempat yang telah ditinggalkan dan hanya memori yang menghubungkan seseorang dengan kampungnya itu. “Cerita ini juga adalah satu surat penghargaan kepada cinta pertama saya, Ipoh,” kata Haris.

Pembawaan kisah ini juga membawa cabaran yang tersendiri. Jelas Haris, “Saya rasa cabaran kita secara keseluruhannya adalah untuk memastikan yang komedi dan drama dalam cerita seimbang dan sampai kepada penonton. Kami mahu penonton cerita ini gelak dan nangis dalam masa yang sama.”

Terdapat rasional yang kukuh dalam pemilihan doh sebagai fokus filem ini. Haris menerangkan, “Kami memilih kedai bakery kerana kami merasakan yang roti adalah makanan asas dan dimakan oleh semua lapisan masyarakat. Orang kaya ada roti mereka sendiri, orang tak kaya pun ada roti mereka.”

“Doh pula menjadi simbolik kepada kami kerana dari doh anda boleh buat roti dan pastri – pastri yang lain. Doh itu adalah ‘core’ untuk pembuatan apa-apa jenis roti. Dalam cerita, protagonis kami, Faiz, jumpa ‘core’ untuk menjadi manusia yang berbakti kepada tempat asalnya.”

Bagi kedua-dua individu ini, pengalaman bekerjasama untuk menghasilkan filem ini mudah. Menurut Haris, mereka adalah teman sejak di bangku sekolah lagi. “Jika kami tidak bekerja sekali pun, kami akan meluangkan masa bersama lepak. Tapi ini adalah pertama kali kami bekerjasama (secara professional) dan saya rasa saya beruntung dapat melihat Ariff ‘beraksi’ di set penggambaran,” terang Haris.

Ariff juga hanya mempunyai kata-kata positif tentang profesionalisme rakannya itu. “Haris M. Nor merupakan seorang penulis dan pengarah yang teliti dengan kerjanya, yang ‘resonate’ dengan diri saya yang turut melihat ketelitian sebagai perkara wajib dalam menghasilkan karya yang baik.”

Kerjasama baik dengan keseluruhan pasukan yang terlibat dalam filem ini juga menjadi detik manis bagi kedua-dua pengarah ini. “Pengalaman yang terindah sepanjang mengarah filem ini adalah apabila setiap pelakon dan juga kru memberi sumbangan idea dan pandangan mereka terhadap cerita.

“Oleh kerana cerita ini sangat ‘relatable’ dalam kumpulan usia saya, mereka merasakan yang cerita ini juga adalah ‘personal’ untuk mereka terutamanya dari sudut seorang anak perantau pulang ke kampung halamannya yang ada dalam cerita ‘Doh’ ini. Secara peribadi, saya rasa setiap filem perlu bersifat ‘personal’ terutamanya kepada mereka yang mengerjakan cerita itu disebalik tabir,” kongsi Haris.

Ariff juga menyatakan, “Saya sukakan keharmonian yang ada di dalam pasukan, yang mana semua orang bersatu hati merealisasikan ‘Doh’, dan dalam masa yang sama masih mampu mengekalkan mood ceria dan humor di set. Segalanya jadi bebas stres.”

Tambahnya lagi, “Di dalam projek ini juga, saya berpeluang untuk pertama kalinya bekerja dengan mama Fatimah Abu Bakar dan bapak Nasir Jani, dua ikon yang sangat saya hormati dalam industri seni tanah air.”

Apabila ditanya mengapa filem ‘Doh’ ini wajib ditonton, Haris membalas, “Saya tidak ingin mewajibkan apa-apa kepada sesiapa, tapi saya percaya yang ramai penonton boleh ‘relate’ dengan kisah keluarga yang berdepan dengan kehilangan dan juga satu ‘celebration’ kepada tempat asal kita.”

Ariff pula berkata, “Ia adalah filem ‘feel-good’ tentang bagaimana dalam kehidupan anda tidak boleh memilih siapa keluarga anda tetapi anda boleh memilih bagaimana anda bertindak balas terhadapnya. Kehidupan adalah tentang memberi dan menerima. Saya galakkan anda menonton ‘Doh’ kerana saya jamin lepas anda tonton anda akan rindu keluarga di kampung.”

Cerita Apa? ‘Doh’
Di Mana? Strim eksklusif HD di Tonton
Bila? Bermula 16 September ini

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Wed, 19 Jun 2019

《学霸》第3场16强对阵赛!东、西马两所学校学术较量之战

《学霸》第3场16强对阵赛!东、西马两所学校,学术较量之战。

Filem Mon, 10 Sep 2018

CJ WOW SHOP Hits 1 Millionth Customer Mark!

Congratulations CJ WOW SHOP.

Filem Thu, 17 Jan 2019
Filem Thu, 15 Nov 2018

10 Fakta Menarik Dalam Mocha Kau Bahagia 2 Yang Wajib Korang Tahu!

xtra nak kongsikan beberapa trivia menarik sepanjang pembikinan drama bersiri Mocha Kau Bahagia 2. Let’s check it out!

Filem Tue, 8 May 2018

The Korean Version of Suits is Garnering a LOT of Attention!

It’s one of the hottest show being aired right now.

Filem Thu, 6 Sep 2018

《中国好声音》开启导师对决!谢霆锋周杰伦上演「王炸之战」

本周五《中国好声音》即将迎来首场导师对决——周杰伦「地表最狂」战队对阵谢霆锋的「我的天哪!怎么可能这么炸」战队。

Filem Fri, 12 Jan 2018

超狂神作《与神同行》带你下地狱!

即将于1月18日上映的《与神同行》(Along With the Gods)剧情描述主角消防员金自鸿在死后的49天内,与阴间使者一同接受轮回的考验。一部长达两个小时又二十分钟的电影,为什么会被这么多人狂推呢?

Filem Tue, 7 May 2019

「女神主播」王菁忆加入!其他人玩游戏也变得很「主播STYLE」

这星期《Durian Kaya Teh Tarik》有「女神主播」王菁忆加入!让主持人和嘉宾李诗斌玩游戏时都很「主播STYLE」?

error: Content is protected !!