Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Yanie Baharom March 13, 2019 @ 11:00am

Perut selesa selepas makan banyak, lima rutin yang perlu anda lakukan!

Ada aneka makanan Malaysia yang mengundang bahaya kerana kelazatannya mendorong anda makan banyak. Malah, menu  tempatan yang berlemak, manis, berminyak dan tinggi kandungan kolesterol, boleh memberi kesan kepada kesihatan seseorang. 

Setidaknya pun, pernah atau tidak anda berasa lelah akibat makan terlalu banyak? Bagaimana mahu kekal selesa selepas makan berlebihan?

Ikuti beberapa tip Susan Bowerman untuk menyeimbangkan semula nutrisi pemakanan anda:

 

1.      Sediakan smoothie sihat

Foto: Health Magazine

Mulakan pagi dengan minuman smoothie yang sihat, termasuk sayur-sayuran segar (seperti bayam atau kale), sedikit buah (mangga, oren atau nanas), halia segar atau serbuk protein, dan campuran dengan air kelapa. 

Kenapa? Memulakan hari dengan sesuatu yang ringan, namun memenuhi keperluan nutrisi, akan membantu anda kembali ke landasan diet yang betul. Halia akan membantu menenangkan sistem penghadaman dan buah-buahan, sayuran dan air kelapa membekalkan air untuk mengelakkan air dalam badan anda mencukupi manakala protein membantu untuk memastikan anda kenyang sehingga hidangan seterusnya. 

 

2       Berjalan pantas

Foto: fitnessmagazine

Lakukan aktiviti sihat dengan berjalan kaki 30 – 45 minit selepas sarapan. Kenapa? Aktiviti fizikal membantu merangsang otot licin dalam saluran pencernaan lebih rendah yang akan membantu sistem penghadaman berjalan dengan lancar dan meningkatkan keteraturan. Anda akan berasa kalori hasil makanan yang dimakan pada hari sebelumnya dapat dibakar. 

 

3. Pastikan minuman berkafein dan rendah kalori 

Foto: ueat.utoronto.ca

Minum minuman berkafein yang rendah kalori, seperti secawan teh hitam atau kopi, atau kopi ais atau latte yang dibuat dengan susu tanpa lemak. Pengambilan kafein kecil dapat mengurangkan perasaan lemah, membantu anda merasa lebih terjaga dan berjaga-jaga.

Pastikan anda mengehadkan pilihan kepada sesuatu kalori yang rendah, bukannya beberapa minuman kopi berkalori  tinggi daripada kafe kegemaran anda. 

 

4. Sememangnya buah-buahan dan sayur-sayuran itu raja pemakanan sihat

Foto: AARP

Makan lebih banyak buah atau sayur pada setiap hidangan. Buah dan sayur bukan saja rendah kalori dalam setiap gigitan, ia juga kaya sumber kalium dan air. Cecair dan kalium membantu badan anda menghilangkan natrium yang berlebihan (yang  membuatkan perut anda berasa kembung). Anda akan merasa diri lebih baik secara keseluruhan mengenai tabiat makan apabila telah mengisi hari dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sihat.

 

5. Makan ikan

Foto: sweatnetclt

Makan ikan seperti tuna dan salad hijau untuk makan tengah hari atau salmon panggang untuk makan malam.

Kenapa? Ikan adalah sumber vitamin B kompleks yang sangat baik, yang diperlukan oleh tubuh untuk mengubah makanan yang dimakan menjadi tenaga. 

Selepas makan berat, badan anda ‘dahagakan’ vitamin B dan jika terlalu banyak meminum alkohol, permintaannya lebih tinggi. Oleh kerana tubuh anda tidak menyimpan vitamin ini, ia sangat penting untuk diambil semula.

Pokok-pangkalnya, anda boleh makan apa yang anda inginkan tapi harus bijak mengimbangi jumlah nutrisi yang diambil.

 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Sun, 10 Mar 2019
Eat Travel Tue, 14 Aug 2018

Tak Perlu Travel Jauh-Jauh, 5 Lokasi Percutian Di Asia Ini Dah Cukup Menarik

Mungkin ramai yang tak tahu pun tempat-tempat ini wujud.

Eat Travel Wed, 16 Jan 2019

Hedwig Books & Kafe, bawa anda merentasi dunia Harry Porter sambil makan

Bertepatan namanya, kafe ini menerapkan aktiviti pembelajaran menerusi kemudahan yang disediakan. 

Eat Travel Fri, 27 Sep 2019
Eat Travel Thu, 21 Jun 2018

8 Fakta Tentang Jepun Yang Anda Mungkin Tak Tahu, #4 Paling Susah Nak Percaya

Ada banyak lagi perkara tentang negara matahari terbit ini yang kita belum terokai.

Eat Travel Fri, 23 Nov 2018

Bekas Jurusolek Korea Ini Hasilkan Roti Dengan Ilustrasi Yang Sungguh Kreatif

Comel sangat rasa macam tak sampai hati nak makan!

Eat Travel Fri, 10 Apr 2020

5 butik hotel yang wajib anda daftar masuk di Pulau Pinang

Penginapan yang pasti meninggalkan memori indah

Eat Travel Fri, 28 Dec 2018

21 Undang-Undang Pelik Di Negara Lain Yang Anda Mungkin Tak Pernah Dengar

Jadi nanti bila anda mengunjungi tempat-tempat ini, hati-hati ya!

Eat Travel Mon, 13 Jan 2020
Eat Travel Tue, 14 Mar 2023
error: Content is protected !!