Euforia Bola 2026
Eat Travel By: Ad Ops August 14, 2018 @ 1:00pm

Tak Perlu Travel Jauh-Jauh, 5 Lokasi Percutian Di Asia Ini Dah Cukup Menarik

Rasa cemburu mesti timbul apabila anda melihat foto-foto percutian rakan-rakan di overseas, seperti Eropah, Amerika atau Australia.

Kawasan pelancongan atau pemandangan di sana memang lain daripada apa yang kita biasa lihat di Malaysia. Itu yang membuatkan kita lagi teringin nak pergi juga.

Kalau anda berduit lebih, no hal! Book tiket dan hotel saja, esok pun boleh terus pergi. Tapi kalau ada kekangan bajet, susah sikit. Terpaksalah anda pergi ke tempat-tempat percutian yang dekat-dekat saja.

Tapi yang dekat-dekat ini pun ada yang best, okay! Ada banyak tempat yang masih belum diketahui ramai atau underrated. Atau bak kata orang, belum lagi mainstream.

Mereka mungkin tak popular tapi apa yang ditawarkan memang berbaloi untuk anda check out. Harga pun murah! Tak payah nak travel jauh-jauh.

Jom tengok di manakah lokasi-lokasi ini.

1. Koh Lipe, Thailand

 

A post shared by olivia_yoyo (@olivia_yoyo) on

Orang ramai dok sibuk pergi ke Krabi atau Phuket. Kenapa nak berpusu-pusu ke sana bila Koh Lipe pun turut memiliki air biru kehijauan dan pantai berpasir putih yang memukau?

Ia merupakan sebuah pulau di selatan wilayah Satun di Thailand. Dekat saja dengan border Thailand/Malaysia. Jadi, untuk ke sana, perkhidmatan feri dan speedboat ada disediakan di Krabi dan Langkawi.

Di Koh Lipe, aktiviti yang popular termasuklah snorkeling, scuba diving dan berkayak. Pelancong yang suka menyelam akan enjoy lokasi diving cantik seperti 8 Mile Rock dan Yong Hua Shipwreck.

Pulau ini pun kecil saja, jadi anda boleh round ke mana-mana dengan berjalan kaki ataupun naik motosikal sewa.

2. Da Nang, Vietnam

Yang popular di Vietnam adalah bandar Ho Chi Minh. Kalau anda inginkan landskap semula jadi, jom ke Da Nang. Di daerah Hoa Hai, ada 5 bukit batu kapur dan marmar yang anda boleh daki untuk nikmati pemandangan pantai yang gorgeous!

 

A post shared by Travel Richie (@travelrichie) on

Satu lagi landmark yang popular adalah sebuah tempat penginapan. Terletak di puncak banjaran pergunungan Ba Na di luar Da Nang adalah Mercure Ba Na Hills French Village yang pasti akan berikan pengalaman menarik.

Hotel ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti shopping dan aktiviti riadah. Ia juga ada servis kereta kabel tersendiri. Bayangkan, bila nak ke bilik, tak boleh jalan kaki atau naik buggy, tapi naik kereta kabel!

 

A post shared by meamura (@meamura) on

Yang memukau juga adalah seni bina yang berinspirasikan Eropah. Untuk anda yang suka berselfie untuk Instagram, gerenti anda akan enjoy tempat ini.

3. Vigan, Filipina

 

A post shared by Levi Aguas (@leviaguas) on

Dibangunkan pada kurun ke-16, Vigan adalah salah satu contoh bandar kolonial Sepanyol di Asia yang dipelihara. Seni binanya merangkumi kombinasi elemen budaya dari Filipina, China dan Eropah, lalu menjadikan tempat ini sebuah landskap budaya yang menakjubkan.

 

A post shared by JOHN GIRAY (@johnisgray) on

Kerana saiznya yang kecil, tempat-tempat menarik di Vigan semuanya dekat-dekat. Penginapan 2 hari 1 malam pun dah cukup dan sesuai jika anda nak lari daripada Manila yang sibuk.

Dengan plaza berkonsepkan Eropah dan sungai Mestizo, anda tak perlu travel ke Seville atau Venice untuk mendapatkan pengalaman sekali seumur hidup.

4. Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia

 

A post shared by F A L E T E H A N (@yusupfatah) on

Cantik, kan? Anda percaya tak yang tasik yang berair biru ini sebenarnya adalah lokasi perlombongan yang terbengkalai?

Setelah aktiviti perlombongan dihentikan, tanah yang telah dikorek dan diisi dengan air hujan akhirnya bertukar menjadi Danau Kaolin, sebuah tasik buatan yang gorgeous.

Kepulauan ini juga dikenali dengan aktiviti sukan air seperti snorkeling dan memancing. Paling best, anda boleh enjoy air biru kristal ini tanpa perlu risau tentang sulfur jika dibandingkan dengan kawah-kawah lain yang terkenal di Indonesia.

5. Phu Quoc Island, Vietnam

Satu lagi tempat menarik di Vietnam, jauh daripada Ho Chi Minh yang sibuk adalah pulau ini yang menawarkan sebuah pantai serta pemandangan matahari terbenam yang best.

 

A post shared by Tuyen Thai (@tuyen_thai) on

Bahagian utara pulau ini tak dibuka kepada pelancong kerana statusnya sebagai taman negara yang tersenarai dalam UNESCO. Tapi don’t worry. Ada banyak resort dan kedai makan di bahagian selatan.

Selain aktiviti air, pelancong boleh menerokai perkampungan tradisional, taman semula jadi dan pagoda Buddha. Kesemua ini boleh dikunjungi dengan menaiki motosikal, teksi atau dengan bantuan agensi pelancongan. Day-trip pun cukup.

Dah ada idea ke mana nak pergi untuk cuti hujung tahun ini? Selamat melancong!

Sumber: Have Halal Will Travel

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Eat Travel Fri, 7 Sep 2018
Eat Travel Tue, 26 Jun 2018

Sate Hipster Warna-Warni Ini Popular Di Terengganu. Anda Wajib Cuba!

Sate hipster ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan masih menggunakan resipi turun-temurun.

Eat Travel Fri, 31 May 2019
Eat Travel Tue, 11 Sep 2018

Ada Sebab Penting Restoran Fast Food Menggunakan Warna Merah & Kuning Untuk Logo Mereka

Anda perasan tak banyak kedai fast food mempunyai logo berwarna ini?

Eat Travel Tue, 30 Oct 2018

Inilah Rasanya Naik Keretapi Laju Berkonsepkan ‘Hello Kitty’ Di Jepun

Peminat Hello Kitty mesti akan terpesona dengan setiap sudut kenderaan ini.

Eat Travel Fri, 24 Apr 2020

2 helah penyediaan makanan mudahkan percutian santai

Bercuti, tetapi makan seperti di rumah sendiri

Eat Travel Fri, 18 Jan 2019

Hoping to visit an Indonesian reef that’s less-travelled than Bali and Lombok? Try Gili Islands!

There are three so pick one that’s perfect for your planned activities.

Eat Travel Wed, 17 Apr 2019

Resipi ‘Strawberry Popsicle’ untuk dicuba bersama anak menggunakan dua bahan sahaja. Enak dan mudah!

Aktiviti memasak di dapur dapat meningkatkan kemahiran motor anak anda.

error: Content is protected !!