Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops May 2, 2018 @ 2:46pm

Pilih Warna Blusher Yang Sesuai Tona Kulit Anda, Jangan Nampak Macam Badut Pula!

Kalau nak pilih foundation atau compact powder yang sesuai dengan warna kulit kita, mungkin senang. Bandingkan saja dengan warna kulit tangan anda.

Tapi kalau nak pilih warna blusher, susah sikit. Bukan boleh main pakai saja! Warna blusher anda mesti serasi dengan warna kulit anda.

Celebrity makeup artist Georgie Eisdell telah kongsikan dengan majalah Marie Claire shade blusher yang mana anda patut pilih berdasarkan warna kulit anda.

Cara memakai

Sebelum itu, anda perlu tahu di bahagian mana pada muka anda yang anda patut sapu blusher tersebut. Jawapannya ialah di apple of the cheek.

Tak tahu di bahagian mana? Senyum saja. Bahagian pipi anda yang membulat itulah yang dipanggil apple of the cheek.

Teknik yang betul juga penting! Blend perlahan-lahan di bahagian “apple” tadi sambil gerakkan berus anda ke arah bahagian telinga.

Foto: WikiVisual

Tapi ingat! Jangan sapu sampai terlalu dekat dengan hidung anda atau terlalu rendah dari bahagian apple pipi anda. Sikit-sikit saja, jangan berlebihan.

Kalau anda masih tak pasti caranya, tengok video ini. Ia menunjukkan teknik pemakaian blusher mengikut bentuk muka anda.

Dah faham? Sekarang jom ketahui warna apa yang sesuai dengan kulit anda.

Kulit putih

Foto: Getty/Laura Mercier

Warna pink lembut sebenarnya sesuai untuk kulit putih melepak tapi warna ini dah biasa sangat dan kadangkala boleh nampak terlalu kasar. Georgie mencadangkan anda guna warna shimmery beige.

Jika kulit anda putih, memang senang untuk terlebih pakai blusher, jadi warna yang tak begitu ketara atau terang lebih selamat.

Tapi kalau kulit putih anda ada sedikit tona merah jambu, memang anda kena pakai warna pink cerah untuk nampak lebih natural.

Foto: Getty/Bobbi Brown

Kalau kulit anda nampak pucat, warna yang sesuai ialah warna peach yang boleh memberi seri kepada complexion anda.

Kulit kuning langsat

Foto: Getty/Tom Ford

Anda tak perlu takut kalau blusher anda terlalu cerah sampai tak nampak. Anda boleh cuba pakai tona seperti coral atau apricot pink yang akan membuatkan anda nampak lebih segar dan vibrant.  

Cuma pastikan warna itu tak terlalu keputihan. Nanti ia akan clash pula dengan warna kulit anda yang tanned itu.

Kulit olive

Foto: Getty/Bobbi Brown

Untuk warna kulit ini, anda boleh pakai blusher berwarna rose pink terang kerana ia memberikan flush yang natural. Lagipun, warna kulit ini selalunya boleh membuatkan rupa anda nampak suram jika anda pakai warna makeup yang tak sesuai. Warna ros merah jambu dengan sedikit warna oren gerenti akan memberi glow cantik kepada kulit anda.

Kulit sawo matang

Foto: Getty /Sephora

Untuk warna kulit macam caramel, Georgie mencadangkan anda pakai peach gelap dengan sedikit shimmer. “Warna oren dan merah memang sesuai untuk kulit gelap,” katanya.

Oren? Memang pelik bila anda bayangkannya. Tapi percayalah, ia akan blend dengan cantik sekali!

Kulit gelap

Foto: Getty/NYX

Warna kulit gelap memang perlukan tona blusher yang intense dan bold. Kalau terlalu terang atau cerah, nanti nampak macam habuk. Shade yang Georgie syorkan ialah warna brown.

Jangan takut untuk mencuba warna terang macam neon. Untuk orang lain, mungkin mereka akan nampak pelik tapi untuk anda, ia akan nampak lembut dan neutral.

Tip!

Kalau anda tak mahir lagi dan takut nanti warna blusher anda terlalu pekat atau terang, campurkan sedikit blusher anda dengan bedak asas. Lepas itu baru sapu ke pipi.

Supaya blusher anda nampak lebih natural, kalau boleh jangan pakai berus blusher yang padat. Sebaliknya, pakai berus bedak yang lebih longgar bulu-bulunya. Berus jenis ini boleh tolong blendkan blusher anda dengan lebih rata.

Selamat mencuba!

Sumber: Marie Claire

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 13 Mar 2023

Tahniah! Michelle Yeoh Aktres Asia Pertama Menang Anugerah Oscar

Tahniah! Tan Sri Michelle Yeoh menang Oscar

Featured Sun, 21 Aug 2022

Azizulhasni Titip Ucapan Penghargaan Buat Doktor Yang Selamatkan Nyawanya

Alhamdulillah, Datuk Azizulhasni Awang makin pulih

Featured Wed, 19 Oct 2022

“Berkat Doa & Usahanya” – Oktovia Manrose Syukur Bapa Jadi Asbab Penghijrahan

Dunia ni bukan kehidupan abadi, tapi kehidupan bermula selepas kematian – Oktovia Manrose

Oh Lawa Fri, 1 Jun 2018

Guna Santan Dan Aloe Vera Kalau Nak Rambut Makin Lebat Tanpa Gugur

Lepas anda cuba petua ini, rambut anda akan bertambah lebat; tiada lagi masalah rambut gugur.

Featured Mon, 13 Feb 2023

AJL 37: Dedikasi Persembahan Terus Hidup Untuk Arwah Bapa, Aina Abdul Dedah Makna Sebenar Disebalik Tema Kepulan Awan – “Sebenarnya Ada 3 Transisi Berbeza…”

Meremang!! Amazing performance Aina 🥲😢😢 Sangat mendalam ya maksud disebalik konsep kepulan Awan tu.. Loveee sangatt

Featured Thu, 1 Dec 2022

“Kenapa Nampak Lagi Cantik Lepas Beranak…” – Netizen Puji Rupa Paras Ayda Jebat

Pasti ramai yang mengenali pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat yang kini sudah menjadi seorang isteri dan juga ibu kepada anak sulungnya, Ana Nayla. Terbaharu, menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik Ayda di laman TikTok berjaya […]

Featured Tue, 19 Dec 2023

Alami Jangkitan Jantung & Paru-Paru, Isma Aliff Terpaksa Ditidurkan

Moga dipermudahkan semu urusan abang Isma Aliff💗

Featured Thu, 16 Apr 2020
Featured Mon, 28 May 2018

6 Sebab Kenapa YB Nurul Izzah Suka Pakai Tudung Bawal

YB Nurul Izzah setia memakai tudung bawal sejak 20 tahun lalu.

error: Content is protected !!